web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron Aziz Dedah Dibuang Daripada Membintangi Filem Original Gangster Arahan Syamsul Yusof

Jelas Aaron, dia enggan membuka aib sesiapa dan menerima dengan hati terbuka kerana telah menganggap Datuk Yusof Haslam seperti bapanya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 12:05PM

Aaron Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz mendedahkan bahawa dia telah dibuang dari membintangi filem Original Gangster arahan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof.

Perkara itu didedahkan oleh aktor kelahiran Singapura itu sewaktu ditanya oleh pihak media di Anugerah Drama Sangat tentang ketiadaan kelibatnya dalam pembikinan filem berkenaan.

Menurut Aaron, ketiadaannya dalam filem berkenaan bukanlah kerana dia menarik diri, tetapi akibat dibuang atas sebab yang enggan didedahkannya.

"Apa yang saya boleh katakan saya tidak lagi terlibat dengan filem Original Gangster. Saya bukan tarik diri, tetapi dibuang.

"Itu sahaja yang saya boleh dedahkan sebab saya mahu jadi profesional. Saya tak nak buka aib sesiapa. 

"Saya bagi muka kepada Datuk Yusof Haslam di mana saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu, tahulah," katanya.

Ditanya adakah dia berselisih faham dengan Syamsul, kata Aaron, hanya yang faham sahaja akan faham. 

"Saya rasa saya tak mahu buka cerita. Dia pun dah ada macam-macam tekanan dan dugaan yang menimpa. Saya doakan yang terbaik. Saya pun dah maafkan apa yang berlaku. 

"Ditanya berapa banyak penglibatannya dalam filem berkenaan sebelum dirinya dibuang, kata Aaron dia sudah diberikan skrip dan menjalani latihan, namun tidak sempat menjalani penggambaran. 

"Dia sudah datang rumah saya sebanyak tiga kali untuk berbincang, skrip juga telah diberikan dan saya sudah pergi latihan. Tiba-tiba saya tak diperlukan lagi," kongsinya.

Kata Aaron lagi, dia menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana percaya dengan rezeki daripada Allah SWT.

"Saya okay sahaja. Saya percaya kepada qada dan qadar. Saya tahu Allah yang merancang semuanya. Kalau sudah tertulis bukan rezeki saya, maka bukan rezeki sayalah," ujarnya.

Sebelum ini Aaron dan Syamsul pernah bekerjasama dalam beberapa buah filem antaranya KL Drift, KL Gangster dan Bohsia

Pada Anugerah Drama Sangat yang berlangsung malam Ahad lalu, Aaron telah merangkul trofi Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam drama Suamiku Lelaki Pendosa di mana dia membawakan watak sebagai lelaki homoseksual. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN