Berita Terkini

5 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 5 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 5 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 5 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 9 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Kenapa Ramai Sokong Penyondol? Dah Macam Akhir Zaman - Uqasha Senrose

Ketika membawakan watak berkenaan, Uqasha turut tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana lelaki yang dengan mudah menggunakan terma poligami untuk membenarkan kelakuan curang tanpa memikirkan perasaan isteri pertama. 

Selebriti Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 1:05PM

Uqasha Senrose - Gambar dari Instagram @uqashasenrose2

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon drama 'Isteri Halal', Uqasha Senrose mengakui berasa aneh dengan reaksi yang diberikan penonton terhadap watak lakonannya dalam drama bersiri tersebut selepas sembilan episod tayangan.

Uqasha yang membawakan watak Eyra iaitu seorang wanita penggoda dan orang ketiga penghancur rumah tangga itu, pelik dan risau dengan komen yang ditinggalkan penonton di setiap video potongan babak yang dimuat naiknya di Instagram. 

Selepas sembilan episod ditayangkan di Astro, rata-rata seolah menyokong tindakan Eyra atau membenarkan kelakuan Eyra hanya kerana dia memiliki paras yang rupawan.

Uqasha Senrose membawakan watak sebagai Eyra dalam drama 'Isteri Halal'.
Uqasha Senrose membawakan watak sebagai Eyra dalam drama 'Isteri Halal'.

“Dekat bahagian komen, risau juga kadang-kadang orang cakap ‘go Eyra’ seolah-olah macam sokong penyondol. Tak sangka ramai yang sokong penyondol. Ini dah macam akhir zaman,” katanya ketika ditemui Getaran di Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 semalam.

Ketika membawakan watak berkenaan, Uqasha turut tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana lelaki yang dengan mudah menggunakan terma poligami untuk membenarkan kelakuan curang tanpa memikirkan perasaan isteri pertama. 

“Saya tahu poligami adalah sunnah namun mengapa hanya itu yang lelaki mahu ikut? Bagi saya, itu (perbuatan mencurangi) tetap salah. Tapi apa yang saya katakan ini tidak ditujukan pada sesiapa,” tambahnya lagi.

Isteri Halal yang diadaptasi daripada sebuah drama Filipina bertajuk ‘Legal Wife’ memang mempunyai beberapa babak panas dan berani. Namun begitu, Uqasha telah melakukan perbincangan dengan suaminya, Kamal Adli sebelum menerima tawaran berkenaan.

Tambahan pula, pelakon jelita itu turut memberi syarat dan batas-batas adegan panas agar ia tidak melanggar sensitiviti penonton di Malaysia.

“Kamal izinkan saya berlakon tapi dia tetap ingatkan agar saya jaga batas. Dia menyokong kerjaya saya cuma dia mungkin tak nak tengok drama berkenaan.

“Saya dah berbincang juga dengan pengarah dan letakkan syarat seperti tidak boleh ada adegan gomol dan babak atas katil. Kalau setakat duduk di bucu katil, saya rasa adegan itu masih okay untuk saya lakonkan.

“Sekiranya ada adegan tertentu, kebanyakannya hanya menggunakan helah kamera,” jelasnya lagi. 

Isteri Halal yang ditayangkan di Astro Ria menceritakan tentang kisah Tuan Aziz yang mencurangi isterinya, Adellea dan bermain cinta dengan sahabat baik isterinya sendiri iaitu, Eyra. Kisah keretakan rumah tangga mereka menjadi lebih rumit apabila datang beberapa watak yang ingin membalas dendam. 

Drama bersiri selama 60 episod ini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam enam petang. - Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Di Sekolah Kalau Masuk Pertandingan, Saya Selalu Nyanyikan Lagu 'Keluarga Bahagia' - Siti Nordiana

oleh Rubini Nagarajah

Muzik 1 hari yang lalu

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam meny...

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Hati Saya Sakit Bila Suami Saya Dihina’ - Isteri Dan Pengurus Aaron Aziz Tampil Pertahankan Suami

Menurut Datin Diana Halik, dia banyak menangis untuk projek ini dan bersyukur Allah SWT telah melindungi suaminya daripada terlibat dengan projek ini.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

oleh Wafa Aula