web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Rezeki, Uqasha Senrose Sudah Dua Kali Keguguran

Uqasha telah mengalami keguguran dan pembedahan sudah dilakukan untuk mengeluarkan gumpalan darah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 8:36PM

Uqasha Senrose - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesibukan melakukan penggambaran, Uqasha Senrose berkongsi khabar buruk apabila sudah dua kali mengalami keguguran.

Pemilik nama sebenar, Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu tidak mengetahui bahawa sudah berbadan dua sehinggalah mengalami tempoh haid yang panjang selain sakit pinggang. 

Selepas berjumpa pakar, doktor akhirnya mengesahkan bahwa Uqasha telah mengalami keguguran dan pembedahan sudah dilakukan untuk mengeluarkan gumpalan darah.

“Saya mengalami keguguran sebanyak dua kali. Pertama, semasa mengerjakan umrah, saya period dan keluar darah yang agak banyak. Kemudian apabila pulang ke Malaysia, saya alami lagi period yang teruk dan sakit pinggang.

“Kemudian saya ambil keputusan untuk buat pemeriksaan di hospital. Doktor minta saya buat ujian kehamilan dan ternyata alat ujian menunjukkan dua garisan menandakan saya hamil, cuma kandungan tu memang dah tak ada.

“Ternyata saya hamil dua bulan,” ujarnya ketika ditemui Getaran di Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 yang berlangsung hari ini.

Reda dengan segala yang terjadi, Uqasha dan suaminya, Kamal Adli menganggap mereka belum direzekikan menjadi ibu bapa.

Melihat kepada jadual penggambaran yang padat sehingga bulan Ogos, mereka tidak merancang untuk menimbang cahaya mata dalam masa terdekat. 

“Bukan tak nak mengandung dalam masa terdekat, tetapi sekarang ini dah macam terikat dengan jadual. 

“Namun begitu, saya  lega sebab tahu yang saya boleh mengandung. Cuma belum ada lagi rezeki saya dan Kamal,” ujarnya lagi. 

Terkini, Uqasha sedang membintangi sebuah drama panjang 60 episod bertajuk Isteri Halal yang ditayangkan di Astro. – Getaran, 9 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Mujur Kena Belakang Kepala, Jika Tidak Kamal Adli Mungkin Sudah Tiada - Uqasha Senrose Minta Malaysia, Singapura Usah Bergaduh

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Insiden Serangan Kamal Adli: Tahap Keselamatan Acara Seterusnya Akan Ditingkatkan - MegaXpress International

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN