web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mujur Kena Belakang Kepala, Jika Tidak Kamal Adli Mungkin Sudah Tiada - Uqasha Senrose Minta Malaysia, Singapura Usah Bergaduh

Menerusi hantaran video berkenaan, Uqasha berkata lagi, sehingga saat ini, mereka masih tidak mengetahui motif di sebalik tindakan individu berkenaan menyerang Kamal Adli.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 4:00PM

Uqasha berkata, sehingga saat ini, mereka masih tidak mengetahui motif di sebalik tindakan individu berkenaan menyerang Kamal Adli. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Uqasha Senrose memohon agar rakyat di negara Malaysia dan Singapura supaya bertenang dan tidak mengeruhkan hubungan kedua-dua negara yang sekian lama terjalin disebabkan tragedi ngeri yang menimpa suaminya, Kamal Adli.

Uqasha Senrose menyatakan sedemikian dalam sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam tadi.

“Tujuan saya buat video ini bukan kerana hendak rosakkan hubungan dengan Singapura atau Malaysia. Sebaliknya, saya buat video kerana saya tidak mahu rakyat Malaysia dan Singapura bergaduh.

“Tolong jangan salahkan sesiapa atau mana-mana negara dalam hal ini. Tolonglah jangan bermusuh di antara Malaysia dan Singapura. Apa yang terjadi pada saya dan Kamal adalah malang yang tidak berbau yang boleh terjadi di mana-mana sekali pun.

“Ia juga boleh dijadikan pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati di masa akan datang. Kita tidak tahu siapa yang suka kita dan siapa yang benci kita,” katanya.

Pada Ahad lalu, Kamal Adli telah diserang seorang individu yang tidak dikenali sewaktu terlibat dalam acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan 5A, Singapore Expo.

Kamal Adli bersama Uqasha adalah antara selebriti yang membuka ‘booth’ untuk berniaga dalam acara yang dianjurkan syarikat MegaXpress International itu.

Akibat daripada serangan itu, Kamal Adli telah mengalami kecederaan yang cukup parah di bahagian belakang kepalanya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan.

Menerusi hantaran video berkenaan, Uqasha berkata lagi, sehingga saat ini, mereka masih tidak mengetahui motif di sebalik tindakan individu berkenaan menyerang Kamal Adli.

“Saya pun tak tahu nak cakap kerana berlaku sekelip mata. Tiada pergaduhan apa-apa pun yang berlaku. Tiba-tiba sahaja dia datang menyerang Kamal. Ia berlaku di depan mata saya, dia menyerang belakang Kamal menggunakan cota besi. Memang dia punya niat untuk membunuh.

“Kalau nak hendak kata dia ‘hitman’, kenapa dia boleh buka topeng muka dan senyum sambil memberikan provokasi. Individu itu  sendiri boleh ugut saya dan adik beradik saya. Korang tunggu... itu kata dia,” jelasnya.

Sambung Uqasha lagi, demi keselamatan keluarganya, mereka terpaksa rahsiakan lokasi penginapan mereka kerana kes ini sudah dianggap seperti ugutan membunuh.

“Syukur Alhamdulillah, ia kena di belakang kepala Kamal. Kalau kena di bahagian depan sedikit, mungkin Kamal sudah tiada.

“Saya tak mahu orang tambah apa-apa cerita. Jangan salahkan Singapura, Jangan salahkan Malaysia. Tapi, apa yang berlaku ini adalah sifat manusia itu sendiri.

“Saya juga ingin jelaskan di sini, bahawa orang Singapura baik-baik. Mereka tolong saya dan adik-beradik saya waktu Kamal diserang,” jelasnya.

Uqasha juga memaklumkan memohon supaya ramai yang mendoakan agar Kamal Adli akan cepat pulih seperti sediakala.

“Buat masa ini, Kamal baru sedar daripada ubat bius. Sebelum ini, dia telah ditidurkan kerana pembedahan di kepala. Kita kena buat x-ray semua. Tak tahu berapa banyak retak di badannya.

“Apa yang berlaku di dalam drama yang kita tonton di TV juga nampaknya turut berlaku pada diri saya sekeluarga. Doa keselamatan kami dan doakan keadaan Kamal,” katanya lagi. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Umum Hamil Anak Pertama

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Uqasha Senrose Perjelas Babak Berkemban Dan Berpelukan Dengan Amirul Affendi Dalam Filem Sumpahan Jerunei

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Peguambela Penyerang Kamal Adli Mohon Penilaian Psikiatri Sekali Lagi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Lanjut Penyerang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Tangguh Kes 10 Julai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 20 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN