web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Insiden Serangan Kamal Adli: Tahap Keselamatan Acara Seterusnya Akan Ditingkatkan - MegaXpress International

Menurut Pengurus Projek Kanan syarikat MegaXpress International, Mohammad Fadzlin Mohd Yusof berkata, kejadian serangan seumpama itu adalah kali pertama berlaku dalam sejarah 22 tahun syarikatnya mengendalikan acara. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 8:00AM

Kamal Adli - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak penganjur acara Hari Raya Mega Sale 2023 di Dewan 5A, Singapore Expo akan berusahaa untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam acara lain yang dianjurkan selepas ini susulan serangan yang tidak diduga berlaku terhadap pelakon Kamal Adli. 

Kamal Adli yang terlibat sebagai antara peniaga yang membuka booth di acara yang dianjurkan syarikat MegaXpress International itu telah diserang secara tidak diduga oleh seorang individu yang tidak dikenali pada Ahad lalu menggunakan cota besi. 

Akibat daripada serangan itu, Kamal Adli telah mengalami kecederaan yang cukup parah di bahagian belakang kepalanya sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Memetik laporan Beritamediacorp, memandangkan Kamal Adli terpaksa berada di Singapura untuk membantu siasatan polis, pihak MegaXpress International juga turut membantu dalam melanjutkan penginapannya di hotel sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sementara itu, Pengurus Projek Kanan syarikat MegaXpress International, Mohammad Fadzlin Mohd Yusof berkata, kejadian serangan seumpama itu adalah kali pertama berlaku dalam sejarah 22 tahun syarikatnya mengendalikan acara. 

Beliau menambah, kejadian serangan ke atas Kamal Adli itu yang berlaku di akhir acara itu sama sekali tidak disangka mana-mana pihak.

Gambar fail
Gambar fail

“Kamal Adli dan isterinya terkejut, semua orang terkejut. Keselamatan di Singapura ini tinggi jadi, ini sesuatu yang sangat tidak disangka. Kes serangan ini adalah yang pertama seumpamanya pernah berlaku,” katanya.

Menurut Fadzlin lagi, pihaknya sangat memandang serius keselamatan para pengunjung serta pihak yang mengambil bahagian dalam acara kendalian mereka. Lantaran itu, tahap keselamatan perlu ditingkatkan di masa akan datang.

“Prosedur keselamatan acara Hari Raya Mega Sale 2023 memang tidak begitu ketat memandangkan ia adalah acara awam dan terbuka untuk semua orang. Baik pengunjung dan artis, mereka boleh bergaul dengan satu sama lain tanpa sekatan.

"Pada acara-acara akan datang, kami akan mengawal selia para pengunjung yang ingin mengambil gambar bersama para selebriti. Ini untuk meningkatkan tahap keselamatan," katanya lagi.  

Jelas Fadzlin lagi, tindakan itu amat penting untuk menjaga kebajikan para artis, serta keyakinan mereka terhadap pengendalian acara tempatan sebegitu. Langkah-langkah keselamatan tambahan lain juga akan diambil buat acara-acara seterusnya.

"Kita juga akan bekerjasama dengan pihak Singapore EXPO, untuk berbincang keperluan untuk menjalankan pemeriksaan beg para pengunjung pada masa hadapan. Ia sesuatu yang berkemungkinan akan berlaku buat acara seterusnya di sini," tambahnya. - Getaran, 14 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Sahkan Bekas Pelumba Negara Maut Ditetak, 3 Lelaki Ditahan

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Faisal Halim: Polis Siasat Kaitan 3 Lagi Serangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Selangor Jadi Sasaran Tangan Ghaib, Polis Digesa Segera Tangkap Pelaku

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 3 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN