Berita Terkini

1 jam yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Vanidah Imran Lega Rashidi Ishak Pilih Kenalan Lamanya Sebagai Isteri

Vanidah menjelaskan dia dan anak-anak menyambut baik perkahwinan Rashidi serta Wan Hasliza dan menyenangi keperibadian wanita itu yang juga kenalan lamanya.

Selebriti Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 5:00PM

Vanidah gembira mendengar berita perkahwinan bekas suaminya dengan Wan Hasliza.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Vanidah Imran, mengakui bahawa Wan Hasliza Wan Zainuddin adalah calon tepat buat bekas suaminya, Rashidi Ishak yang dikhabar telah bernikah pada awal bulan ini.

Menurut Vanidah, dia gembira apabila mendengar berita bahawa Rashidi, 49, yang juga seorang pelakon, telah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama ‘Kampung People’ itu.

“Hasliza seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.

“Dia seorang yang matang dan saya yakin kelebihan itu membolehkan dia mengendalikan hidup berumah tangga dengan baik. Apa pun, kami sangat okay dengan perkahwinan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tayangan perdana filem Imam di Istana Budaya, baru-baru ini.

Vanidah, 50, turut menjelaskan dia dan anak-anak menyambut baik perkahwinan Rashidi dengan Wan Hasliza, selain menyenangi keperibadian wanita itu yang juga kenalan lamanya.

Pelakon jelita itu turut menyifatkan Hasliza seorang yang matang dan bijak, selain calon tepat untuk menjadi suri hati Rashidi.

“Sebenarnya, saya sudah lama tahu tentang hubungan mereka. Apabila dimaklumkan tentang perkara itu, saya gembira, kerana saya tahu anak perempuan saya pasti akan menyukai dia.

“Lagipun, saya mengenali Liza lama, dia seorang yang berpendidikan, bijak dan menyenangkan. Saya lega kerana Rashidi memilih dia sebagai isteri.

“Malah saya pernah berlakon di bawah arahannya menerusi filem ‘Kalla: Hidup Atau Mati’. Bagi saya, dia seorang wanita yang baik,” ujarnya.

Pasangan Rashidi dan Vanidah berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imram dan Maryam Rashika.

Namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada Ogos 2018.

Tahun lalu, Vanidah selamat bergelar isteri kepada seorang jurutera, Arifabillah Idris sementara Rashidi pula berkahwin dengan Wan Hasliza sekitar Februari tahun ini.

Dalam perkembangan lain, Vanidah membawa watak ‘Rubiah’ dalam filem ‘Imam’ yang diarahkan pengarah terkenal, Mior Hashim Manap.

‘Imam’ adalah sebuah karya adaptasi novel berjudul sama nama, ditulis Sasterawan Negara, Abdullah Hussain.

Naskhah itu berkisahkan perjuangan seorang imam bernama Haji Mihad yang ingin membawa pembaharuan di kampungnya tetapi mendapat tentangan segelintir penduduk di situ.

Haji Mihad juga didakwa membawa ajaran baru yang agak asing bagi kampung itu hingga mendapat perhatian pihak Majlis Agama.

Selain Vanidah, ‘Imam’ menampilkan barisan pelakon seperti M Nasir, Jalaluddin Hassan, Faizal Hussein, Natasha Charmaine, Rahim Razali dan Rahim Jailani dan Sophia Ibrahim. - Getaran, 2 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Akui 4 Kali Rombak Skrip, Akhirnya Mior Hashim Manap Terbitkan Sendiri Filem Imam Yang Juga Arahannya 

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Rashidi Ishak Jadi Suami Buat Kali Kedua, Nikah Dengan Penerbit Drama Bersiri Kampung People 

3

Filem & TV 3 bulan yang lalu

Filem 'Maryam' Yang Diterajui Sofea Jane Tayang Kali Pertama Di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam 2023

4

Selebriti 8 bulan yang lalu

Lama Kunci Mulut, Vanidah Imran Kini Bergelar Isteri Sekali Lagi!

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Selebriti 22 jam yang lalu

Priyanka Chopra Akhirnya Dedah Sebab Sebenar Dia Tinggalkan Industri Bollywood, Apa Kaitan Dengan Karan Johar?

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Tidak Reka Cerita Orang Ketiga, Farid Kamil Ada Bukti Bergambar

Semoga urusan mereka dipermudah.

oleh Wafa Aula

Selebriti 23 jam yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

Pusat Emma jelas kelihatan dalam gambar berkenaan kerana memakai pakaian yang ketat. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 50 minit yang lalu

Izzue Islam Dipilih Sebagai Hos Baru Muzik Muzik 38, Tiada Isu Mencaras Tempat Muaz

oleh Helmi Anuar