web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rashidi Ishak Jadi Suami Buat Kali Kedua, Nikah Dengan Penerbit Drama Bersiri Kampung People 

Rashidi yang membawakan watak sebagai Razif/Abu Bakar dalam siri 'Kampung People' telah mengumumkan pernikahannya dengan Wan Hasliza semalam menerusi hantaran Instagram malam tadi. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 8:30AM

Rashidi dan Wan Hasliza kini sah bergelar suami isteri. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam diam-diam, rupa-rupanya aktor Rashidi Ishak sudah pun menikah buat kali yang kedua dengan produser drama, Wan Hasliza Wan Zainuddin yang menerbitkan dan mengarahkan drama bersiri jenama 'Kampung People' di bawah syarikat produksi miliknya sendiri iaitu KL Motion Pictures. 

Rashidi yang membawakan watak sebagai Razif/Abu Bakar dalam siri 'Kampung People' telah mengumumkan pernikahannya dengan Wan Hasliza semalam menerusi hantaran Instagram, malam tadi. 

Mengenakan busana rona putih sedondon, Rashidi memuatkan beberapa gambarnya bersama Wan Hasliza di hadapan sebuah masjid dengan kapsyen : “Hi Puan @WanHaslizaWZ”. 

Tahniah ducapkan buat pasangan mempelai Rashidi dan Wan Hasliza. - Gambar Instagram
Tahniah ducapkan buat pasangan mempelai Rashidi dan Wan Hasliza. - Gambar Instagram

Dia turut menyelitkan emoticon hati sebanyak tiga kali dengan tanggal 2.2.2023 yang merupakan tarikh pernikahan mereka. 

Tidak pasti bila saatnya mereka menjalinkan hubungan cinta kerana mereka cukup bijak menyimpan rahsia perhubungan mereka, namun sumber memberitahu bibit-bibit cinta di antara mereka mula bercambah sewaktu menjayakan siri 'Kampung People'. 

Apapun, ramai rakan selebriti dan netizen yang mengucapkan tahniah buat pasangan pengantin baharu ini. 

Rashidi sebelum ini pernah mendirikan rumtangga dengan aktres Vanidah Imran pada 1 Oktober 2000. Ramai yang menyifatkan mereka sebagai golden couple, namun bercerai pada 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata. 

Tahniah buat Rashidi Ishak dan Wan Hasliza. Smeoga perkahwinan mereka akan kekal bahagia sehingga ke Jannah. – Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

MK K-Clique Kini Sah Bergelar Suami Orang Hanya Dengan Sekali Lafaz

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Vanidah Imran Lega Rashidi Ishak Pilih Kenalan Lamanya Sebagai Isteri

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Raysha Rizrose, Nabil Jeffri Selamat Diijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz, Kisah Cinta Bermula Di Twitter 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Berpakaian Seksi Ketika Sambut Tahun Baharu, Netizen Tanya Adakah Ini Azam Baharu Riena Diana

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa