web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Raysha Rizrose, Nabil Jeffri Selamat Diijabkabulkan Dengan Sekali Lafaz, Kisah Cinta Bermula Di Twitter 

Baru sahaja mengumumkan berita mengenai pertunangannya minggu lalu, hari ini pelakon popular, Raysha Rizrose telah menamatkan zaman bujangnya bersama pelumba kereta, Nabil Jeffri dalam majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah hotel di ibu Kota.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 8:00AM

Nabil dan Raysha kini selamat bergelar suami isteri. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan sekali lafaz, pelakon popular Raysha Rizrose, 26, sah bergelar isteri kepada usahawan dan pelumba kereta, Nabil Jeffri, 29, jam 8.52 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Fariz Arshad, dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Muhammad Fairudz Saderi, dalam majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka, di ibu kota.

Pada majlis yang dihadiri sekitar 200 orang itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,222 bersama tujuh dulang hantaran berbalas jumlah sama. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Menawan mengenakan persalinan rona putih rekaan Teh Firdaus dan ditatarias Syed Faizal Syed Noh, Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz bersyukur segala perancangan diatur berjalan lancar.

“Syukur segala-galanya yang dirancang selama ini dipermudahkan. 

Nabil sah bergelar suami kepada Raysha dengan sekali lafaz. - Gambar Instagram
Nabil sah bergelar suami kepada Raysha dengan sekali lafaz. - Gambar Instagram

“Saya dengan kerendahan hati amat terharu kerana sejak mengumumkan berita pertunangan, banyak mesej dan doa yang baik-baik dipanjangkan ramai. Saya doakan kebaikan sama berbalik kepada semua.

“Semoga permulaan fasa baharu membina masjid ini akan terus mematangkan saya dan suami, insya-Allah,” kata bekas pemenang Dewi Remaja 2014/2015 itu.

Adik kepada Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose ini sempat menyingkap kisah perkenalan mereka yang mekar sejak 10 tahun lalu. 

“Kami kenal dari tahun 2013 menerusi akaun Twitter. Ketika itu saya masih menuntut di sekolah menengah.

“Biasalah dalam tempoh sedekad itu, hubungan kami ada turun naik. Tapi pada akhirnya kami banyak bertolak-ansur. Kepercayaan dan komunikasi menjadi teras kepada hubungan kami,” kata anak keempat daripada tujuh beradik itu.

Pelakon drama Pinggan Tak Retak  Nasi Tak Dingin ini turut berkongsi tarikh lamaran Nabil yang terpateri pada 16 Ogos 2022.

“Momen dan detik itu masih berbekas di hati. Ini kerana lokasi lamaran berkenaan terjadi di tempat sama dia melamar saya sebagai kekasih, iaitu di sebuah lokasi di Subang Jaya, Selangor kira-kira sedekad lalu,” katanya.

Mengenai bulan madu dan soal anak, pelakon ini mengakui mereka belum merancang.

Nabil menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat. - Gambar Instagram
Nabil menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat. - Gambar Instagram

“Banyak komitmen dan kerja yang saya kena selesaikan selepas kahwin. Malah sebelum majlis nikah ini pun, saya terikat dengan penggambaran beberapa kempen dan projek yang tak memerlukan komitmen panjang. Jadi bolehlah saya fokus membuat persiapan kahwin dalam tempoh itu.

“Sejujurnya, memang belum ada perancangan berbulan madu lagi saat ini. Soal anak pula, baik saya mahupun  suami tidak meletakkan ketetapan. Bagi kami perihal cahaya mata ini, insya-Allah ada rezeki ia akan datang tepat pada waktunya.

“Cuma selepas kahwin, saya perlu lebih selektif memilih watak. Saya sudah berubah status, jadi keutamaan tentunya lebih kepada suami,” katanya.

Mengenai Nabil atau nama penuhnya, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri, Raysha menyifatkan suami melengkapi segala-galanya.

“Selama ini, dia (suami) sentiasa menjadi inspirasi dalam hidup saya. Dia sentiasa mendorong saya menjadi lebih baik,” kata Raysha.

Sementara itu, Nabil Jeffri menganggap Raysha sebagai wanita yang banyak menyuntik semangat.

“Dia (Raysha) sentiasa ada ketika sya memerlukannya. Di saat berada di tahap paling bawah dan sedih, dialah yang tak pernah berpaling daripada saya.

“Kebijaksanaannya juga menambat hati saya. Dia seorang yang memahami dan matang. Malah kualiti lain yang mencuri perhatian saya ialah dirinya memang pandai membawa diri, sentiasa santun dan menghormati orang.

Semoga kasih sayang Nabil dan Raysha kekal sehingga ke akhirnya. - Gambar Instagram
Semoga kasih sayang Nabil dan Raysha kekal sehingga ke akhirnya. - Gambar Instagram

“Tentunya, dia sangat comel dan itu yang buat saya jatuh hati dengannya. Dia juga jujur dan ikhlas dalam setiap apa dilakukan,” kata Nabil Jeffri.

Tambah Nabil Jeffri lagi, Raysha juga selama ini begitu memahami jadual dan tuntutan kerjanya.

“Ada ketika saya perlu berada di luar negara kerana urusan kerja, dia umpama begitu dekat dengan diri ini menyokong dari kejauhan.

“Syukur, jodoh dan cinta kami mekar serta erat hingga ke saat ini. Moga hubungan ini kekal ke jannah,” kata Nabil Jeffri.

Terdahulu, pasangan ini melangsungkan pertunangan secara tertutup pada 22 Disember, tahun lalu.

Namun, Raysha dan Nabil Jeffri hanya berkongsi dan mendedahkan cerita pertunangan mereka di media sosial pada 14 Februari lalu.

Tanggal 26 Februari ini, mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi juga di lokasi sama majlis pernikahan berlangsung. - Getaran, 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.