Berita Terkini

50 minit yang lalu: Tidak sampai satu peratus amal pertanian organik di Malaysia - Mohamad Sabu 1 jam yang lalu: KKM bincang dengan JPA serap petugas kontrak ke jawatan tetap tanpa pencen - Dr Zaliha 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan akan putuskan permohonan semakan kes SRC Najib Esok 2 jam yang lalu: Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - Anwar 2 jam yang lalu: Tekanan, persekitaran tempat kerja antara faktor polis bunuh diri - Dewan Rakyat

IKUTI KAMI


Imej Pesona Lelaki Mithali Tercalar Gara-Gara Membintangi Filem ‘Pulau’? Ini Penjelasan Alif Satar

Ramai yang mempersoalkan tindakan penyanyi dan pelakon berimej bersih iaitu Alif Satar yang memilih untuk berlakon dalam filem kontroversi, ‘Pulau’

Selebriti Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 10:02AM

Alif (tengah) bercakap di tayangan perdana filem ‘Pulau’ semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menyedari namanya turut menjadi bualan ramai selepas treler ‘Pulau’ mencetuskan kontroversi gara-gara memaparkan babak panas dan pelakon yang berpenampilan seksi, Alif Satar tampil membuat penjelasan kenapa dia bersetuju untuk berlakon dalam filem berkenaan.

Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 33, dia tertarik dengan skrip filem ini selain ia turut menggandingkannya dengan pelakon-pelakon yang beliau segani seperti Namron dan Wan Hanafi Su.

“Saya telah ditawarkan dengan satu skrip dan skrip filem ini tidak menyatakan bahawa ini adalah skrip filem lucah. Filem ini adalah filem seram tentang makhluk mistik.

“Saya juga telah tanya terlebih dahulu tentang karakter saya dalam filem ini serta dengan siapa yang akan digandingkan,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem ‘Pulau’.

Kongsi Alif lagi, dia juga ada memberitahu pengarah filem ini iaitu Euho tentang apa yang boleh dilakukannya dan apa yang tidak boleh.

“Saya ada beritahu pengarah mungkin ada beberapa dialog yang saya tak boleh buat untuk menghormati sensitiviti masyarakat Islam di Malaysia.

“Waktu babak nak terjun dalam laut, sayalah yang paling ‘overdressed’ sekali. Itu bukan bermaksud saya nak tunjuk yang saya baik, tetapi memang itulah diri saya,” ujar pelakon, penyanyi dan pengacara popular ini.

Berlakon bersama  pelakon-pelakon lain yang berpenampilan seksi seperti Amelia Henderson, Sanjna Suri, Miss Pui Yi dan Sabronzo, kata Alif dia tiada kuasa untuk mengawal apa yang perlu dipakai oleh pelakon lain kerana itu adalah tanggungjawab pengarah.

“Kalau pelakon lain, saya rasa itu adalah tanggungjawab pengarah dan mereka sendiri. Saya punya pendirian saya sendiri. Jika mereka mahu saya buat juga benda yang saya tak suka, saya tak akan buat,” tegasnya.

Selepas treler filem ini ditayangkan dan mencetus kontroversi, ramai netizen yang mempersoalkan tindakan Alif yang dilihat mempunyai persona sebagai seorang lelaki baik tetapi sanggup terlibat dengan filem seperti ini.

Tentang pertikaian netizen yang mempersoalkan tindakannya yang sanggup membintangi filem berkenaan, sedangkan dia dilihat mempunyai persona sebagai seorang lelaki baik, Alif sekali lagi menekankan jawapan yang sama.

“Seperti yang saya katakan, saya terima filem ini kerana filem ini adalah filem seram. Jika siapa yang mengenali saya, mereka akan tahu saya bagaimana.

“Bila orang melabelkan saya sebagai lelaki yang baik dan sebagainya, saya rasa mereka sebenarnya ambil berat tentang saya.

“Kadang-kadang saya segan bila orang selalu puji saya melambung. Saya jadi takut. Sebab itu, kadang-kadang bila ada orang komen yang negatif saya boleh terima. Saya rasa ‘balance’. Itu maknanya saya juga manusia biasa yang lakukan kesilapan.

“Saya bukanlah orang yang alim. Bila orang kata, saya suami mithali, saya takut sebenarnya. Mungkin kita ni nampak baik, tetapi sebenarnya Tuhan lindung aib kita. Tetapi jangan risau kerana saya tahu tanggungjawab saya, saya tahu pendirian dan batas saya sendiri.

“Kalau ada orang nak cakap apa-apa saya akan terima sebagai satu teguran yang positif. Cuma selepas mereka tengok sendiri filem ini, baru mereka akan faham tentang situasi sebenar, dan bukanlah seperti apa yang mereka fikirkan,” katanya.

Dalam filem ‘Pulau’ ini, ada babak yang memaparkan Alif menghisap rokok, kata Alif pada mulanya dia agak risau dengan babak berkenaan kerana dia sering tonjolkan imej sebagai seorang yang menjaga kesihatan.

“Orang mesti akan cakap ala Alif ni sembang kencang, hujung-hujung kau hisap rokok juga walaupun sekadar di dalam filem. Sebelum nak berlakon babak itu, saya tanya pada pengarah sama ada boleh gantikan babak merokok itu dengan sesuatu yang lain. Tetapi dia tak benarkan. Kerana mengikut jalan cerita dalam skrip, ada sebab kenapa dia hisap rokok.

“Sukar bagi saya untuk lakukan babak ini kerana saya bukan perokok. Untuk babak itu sahaja saya terpaksa ulang sebanyak tujuh kali. Saya pun sampai dah rasa pening dan pengarah minta saya berhenti sekejap.

“Tetapi itulah dia, sebagai seorang pelakon kadang-kadang watak yang kita lakonkan memang tiada kena mengena dengan kehidupan kita. Begitu juga sebagai penyanyi. Jika menyanyi lagu putus cinta, tak semestinya saya tengah putus cinta.

“Orang pernah marah saya sebab saya berlakon sebagai suami yang mempunyai dua orang isteri, Tetapi itu hanyalah watak, Kadang-kadang terguris juga dengan komen-komen netizen, tetapi nak buat macam mana, mereka mungkin tak faham.

“Jadi saya hanya mengadu pada isteri dan ibu bapa saya. Saya bersyukur kerana mereka sangat memahami dan tahu apa yang saya buat,” ujarnya.

Filem ‘Pulau’ bakal ditayangkan di 124 buah pawagam di seluruh negara kecuali Terengganu bermula 9 Mac 2023. - Getaran, 1 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bagai Pulau-Pulau Kecil, 80 Peratus Perumahan Di Segamat Diliputi Air

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Chaah Jadi 'Pulau', Cabaran Bomba Selamatkan Mangsa Terputus Hubungan

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

10 Babak Dipotong, Filem 'Pulau' Bakal Ditayangkan Di 124 Buah Pawagam

Sorotan

1

4 Beradik Maut Kebakaran Sembunyi Dalam Tandas Cuba Selamatkan Diri

2

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

3

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 21 minit yang lalu

Izzue Islam Dipilih Sebagai Hos Baru Muzik Muzik 38, Tiada Isu Mencaras Tempat Muaz

oleh Helmi Anuar

Selebriti 22 jam yang lalu

Muat Naik Gambar 'Maternity Photoshoot', Netizen Minta Emma Maembong 'Sellotape' Pusat Terjojol 

Pusat Emma jelas kelihatan dalam gambar berkenaan kerana memakai pakaian yang ketat. 

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 2 jam yang lalu

Badan Susut, Wan Raja Hilang 10 Kilogram Gara-Gara…

Terkini, Wan Raja sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah filem bertajuk 'Gold' terbitan Astro Show denagn membawakan watak sebagai Datuk Misbun Sidek.

oleh Wafa Aula

Muzik 6 jam yang lalu

Rahmad Mega Anggap Dirinya Bertuah Dapat Nyanyikan Lagu Runut Bunyi 'Melur Untuk Firdaus 2’

oleh Rubini Nagarajah