web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Tahun Sendu, Single Baharu Ungu Catat 24 Juta Tontonan!

Nampaknya lima tahun bukanlah apa-apa jika hendak dibandingkan dengan populariti kumpulan Ungu. Hadir dengan single 'Bismillah Cinta', mereka terus kaut tontonan tinggi YouTube.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 3:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lama betul kita tidak menerima apa-apa buah tangan daripada kumpulan terkenal Indonesia, Ungu sejak vokalisnya mengambil keputusan terjun ke arena politik pada 2015.

Namun, siapa sangka setelah lima tahun, karya mereka masih lagi menyengat apabila lagu terbaharu Ungu berjudul 'Bismillah Cinta' mendapat 24 juta tontonan YouTube sejak ia mula ditayangkan. 

Kali ini Ungu tidak hadir sendirian. Mereka berkolaborasi dengan seorang bakat muda Indonesia yang diberi julukan Diva Muda Dangdut iaitu Lesti Kejora untuk projek 'Bismillah Cinta'.

“'Bismillah Cinta' adalah single pertama untuk album terbaharu kami. Kami memilih Lesti untuk single ini kerana dia penyanyi yang luar biasa dan mempunyai peminat dari seluruh dunia. Ini adalah kesempatan yang baik buat Ungu untuk mengetengahkan karya baharu,” katanya dalam satu sidang media atas talian baru-baru ini.

Bagaimanapun Lesti berasa turut terharu kerana dipelawa untuk berduet bersama dengan nama besar pemuzik Indonesia. 

Bercerita lebih lanjut mengenai single ini. Menurut vokalisnya iaitu Pasha yang menciptakan lagu ini, lagu ini terhasil setelah mengenangkan kesulitan yang dialami banyak orang dalam mengharungi cabaran semasa pandemik. Banyak perkara terbatas dalam tempoh ini termasuklah hubungan yang terpaksa dijalinkan dalam jarak jauh.

“Kami merasakan ia sesuai diterbitkan pada bulan Ramadan yang menceritakan kegembiraan umat Islam meraikan kehadiran bulan yang mulia ini,” tambahnya.

'Bismillah Cinta' menjadi lagu trending di YouTube Indonesia sejak 1 April lalu kerana disambut baik oleh pendengar Indonesia. Ungu berharap magis yang sama akan dapat dicipta oleh para peminatnya di Malaysia. - Getaran, 3 Mei 2021

Semua gambar: Ihsan Suria Records

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 3 bulan yang lalu

Ramadan: Waktu Menyemai Disiplin Jiwa, Pembebasan Hati

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...