web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Akui Jiwanya Kini Tenang, Sudah ‘Move On’ - Pablo Amirul Anggap Tragedi Amukannya Berikan Iktibar Pada Semua Orang

“Saya telah pun berjumpa dengan kedua-dua pihak ini dan saya sudah pun memberikan kerjasama untuk melakukannya (beri keterangan) dan itu sahaja,” kata Pablo Amirul.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 4:07PM

Pablo Amirul menganggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya - Gambar Instagram

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mengejutkan negara akibat tragedi amukannya apabila mendakwa dia telah mengikuti ajaran sesat Milah Abraham selama dua tahun disebabkan seorang wanita bernama Fatin Nabila Musa yang ketika itu adalah kekasihnya, Pablo Amirul menganggap apa yang berlaku itu ada hikmahnya. 

“Alhamdulillah, kehidupan saya semakin tenang dan saya juga sudah ‘move on’ dengan apa yang berlaku dan perkara ini sebenarnya banyak memberikan iktibar bukan sahaja kepada semua orang tetapi kepada diri saya sendiri. 

“Sekurang-kurangnya dengan pendedahan yang saya lakukan itu, saya dapat menyelamatkan lagi ramai orang agar tidak sewenang-wenangnya terjebak dengan perkara yang bukan-bukan,” katanya kepada Getaran. 

Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd Shukri, 38, ditemui di majlis Malam Gala filem Harum Malam arahan Dain Said, malam tadi. 

Pablo Amirul ketika ditemui di majlis Malam Gala filem 'Harum Malam' arahan Dain Said, malam tadi - Gambar oleh Ellyna Ali
Pablo Amirul ketika ditemui di majlis Malam Gala filem 'Harum Malam' arahan Dain Said, malam tadi - Gambar oleh Ellyna Ali

Dalam tragedi amukannya yang tercetus pada penghujung tahun lalu melalui media sosialnya, Pablo turut mendakwa bahawa bekas kekasihnya yang difahamkan bertugas sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan terkemuka Malaysia itu telah menjalinkan hubungan dengan seorang tokoh ahli politik yang sudah berkeluarga.  

Menurut Pablo, susulan daripada tragedi amukannya itu, dia telah pun dipanggil oleh pihak Jabatan Polis Malaysia dan pihak Jabatan Agama untuk memberi keterangan. 

“Saya telah pun berjumpa dengan kedua-dua pihak ini dan saya sudah pun memberikan kerjasama untuk melakukannya (beri keterangan) dan itu sahaja.

“Tiada apa-apa dakwaan yang dikenakan ke atas saya kerana saya telah bantu untuk beri keterangan seperti apa yang diminta,” katanya. 

Jelas pelakon Polis Evo dan Abang Long Fadhil ini juga, dia juga bersyukur kerana apa yang berlaku itu sama sekali tidak menjejaskan kerjaya lakonannya di dalam bidang seni ini. 

“Alhamdulillah, saya masih lagi mendapat tawaran berlakon daripada pihak produksi. Mereka tidak takut untuk ambil saya berlakon. 

“Kerana apa yang berlaku kepada saya adalah kesilapan diri yang telah pun saya akui dan saya tidak mahu orang lain turut terjebak melakukannya. 

“Sekarang ini, saya mahu terus fokus dengan kerjaya seni saya. Apa yang berlaku itu biarlah ia berlalu pergi begitu sahaja. Saya tak mahu mengingatinya lain. Saya okey, saya dah move on, saya juga lebih tenang sekarang ini berbanding dahulu,” katanya. – Getaran, 31 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nabil Ahmad Ambil Iktibar Kisah Rumah Tangga Rakan Selebriti, Mula Bantu Isteri Agar Hidup Lebih Harmoni

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Terlibat Kemalangan, Penyampai Molek FM, Mek Zura Akui Microsleep, Minta Pendengar Jadikan Kisahnya Suatu Iktibar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Cubaan Gulingkan Hajiji: Keadaan Di Sabah Tiada Perubahan, Tenang - Anwar

4

TARA 3 tahun yang lalu

Koh Samui Untuk Pencinta Percutian Pantai

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 15 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Tiket akan dijual menerusi etix.my bermula 11 Jun depan dengan harga RM688 hingga RM158 tidak termasuk caj dan cukai berkaitan.