web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Song Joong-ki Sudah Kahwin Baharu, Isteri Hamil Anak Pertama!

Joong-ki menulis sebuah surat kepada peminatnya semasa dalam perjalanan pulang mendaftarkan perkahwinan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 4:59PM

Song Joong-ki berharap perkahwinannya ini tidak akan merubah sokongan peminat terhadap kariernya selama ini - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah heboh berita percintaan selebriti terkenal Korea Selatan Song Joong-ki dengan wanita bernama Katy Louise Saunders pada bulan lalu, kini pelakon itu sekali lagi membuat kejutan apabila mengumumkan, sudah pun berkahwin dengan bekas pelakon British tersebut. 

Bukan itu sahaja, Joong-ki turut mengatakan isterinya sedang hamil anak pertama mereka. Berita itu disahkan sendiri oleh agensi naungan Joong-ki.

Berita gembira itu sempat dikongsikan Joong-ki menerusi sebuah surat pendek khas buat peminatnya yang baru dikongsikan sebentar tadi. 

“Saya telah berjanji untuk menjalani hari-hari mendatang bersama Katy Louise Saunders, yang selama ini berada di sisi saya memberikan sokongan dan juga saling menceriakan kehidupan antara satu sama lain.

“Kami mengimpikan untuk mempunyai sebuah keluarga bersama-sama dan berusaha untuk menunaikan janji ini. Hari ini, dengan kepercayaan dan cinta antara satu sama lain, kami sebenarnya sedang dalam perjalanan pulang selesai mendaftarkan perkahwinan kami. 

“Mulai hari ini, kami adalah sepasang suami isteri yang akan melalui kehidupan dengan satu tujuan yang sama,” tulisnya. 

Bukan itu sahaja, Joong-ki berharap perkahwinannya ini tidak akan merubah sokongan peminat terhadap kariernya selama ini. 

“Saya berharap peminat akan tetap menyokong saya tak kiralah apa yang terjadi terutamanya Ki Aile (nama kelab peminat Joong-ki) yang selama ini menjadi tulang belakang perjalanan karier saya,” sambungnya. 

Terdahulu, heboh di media sosial apabila pelakon 'Reborn Rich' itu dilaporkan bercinta dengan seorang wanita British, Katy Louise Sauders yang juga merangkap guru bahasa Inggeris dan Itali peribadinya. – Getaran, 30 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Majlis Resepsi Erra Fazira, Ezwan Berlangsung Meriah, Erra Buat Sendiri Cenderahati Untuk Tetamu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

3

Seni & Hiburan 2 tahun yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shakila Khoriri Kembali Bergelar Isteri

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN