web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Hadapi Penyakit Kulit Sejak 17 Tahun Lalu - Ustaz Nazrey Johani Dedah Punca Dia Jarang Keluar 

Menurut Nazrey, penyakit kulit yang dihidapi bagi tempoh yang agak lama itu merupakan antara punca utama, membuatkan dia jarang keluar dan bertemu dengan orang ramai.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 8:20PM

Ustaz Nazrey Johani mengakui menghidap penyakit kulit sejak 17 tahun lalu. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Ustaz Nazrey atau nama sebenarnya, Nazrey Johani pernah menjadi bualan hangat selepas secara tiba-tiba mengundurkan diri dari kumpulan Raihan yang sedang meningkat popular ketika itu.

Namun, ramai tidak tahu bahawa bekas volakis utama itu, mengalami penyakit psoriasis sejak 17 tahun lalu.

Menurut Nazrey, penyakit kulit yang dihidapi bagi tempoh yang agak lama itu merupakan antara punca utama, membuatkan dia jarang keluar dan bertemu dengan orang ramai.

Nazrey terharu diundang membuat persembahan di Konsert Saujana 25 Tahun, tidak lama lagi. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 
Nazrey terharu diundang membuat persembahan di Konsert Saujana 25 Tahun, tidak lama lagi. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 

“Kalau dilihat, memang kulit saya seperti pucat, saya sebenarnya masih kurang sihat, dan keadaan saya ini tidak boleh terlalu panas mahupun terlalu sejuk. 

“Masalah kulit saya ini, sebenarnya, sudah lama, saya menghidapinya sejak saya keluar daripada kumpulan Raihan iaitu tahun 2006 rasanya. Kesihatan saya ini sebenarnya, tidak boleh dijangka, ada masanya ia akan baik, ada kalanya dia teruk,” katanya.

Nazrey mendedahkan tentang penyakit yang dialami sejak 17 tahun lalu itu, ketika ditemui pada sidang media Konsert Saujana 25 Tahun, yang berlangsung semalam.

Jelas Nazrey lagi, dia menganggap semuanya ujian Allah SWT yang diberikan kepadanya ketika melakukan dakwah dan mencari dana untuk pembangunan sekolah tahfiznya.

“Saya reda dengan ketentuan Allah SWT, apa pun ujian Allah kepada saya, saya tetap akan meneruskan kerja-kerja dakwah, mencari sumber bagi menguruskan madrasah.

“Jika saya sihat, saya mampu, saya akan berjumpa dengan orang. Seperti hari ini, walaupun saya nampak sedikit pucat susulan suhu yang rendah membuatkan saya kelihatan tidak sihat kerana saya menahan kesejukan penghawa dingin sebenarnya.

“Kalau ditanya, berkenaan punca, saya tidak pasti. Namun apa yang doktor memberitahu saya adalah, psoriasis ini boleh disebabkan tekanan. Itu sahaja saya tahu,” tambahnya.

Barisan artis yang bakal menjayakan Konsert Saujana 25 Tahun, pada 5 Mac ini. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 
Barisan artis yang bakal menjayakan Konsert Saujana 25 Tahun, pada 5 Mac ini. - Gambar ihsan Scriptology Sdn Bhd 

Dalam pada itu, Nazrey turut berkongsi, bahawa dirinya sentiasa mendapat banyak jemputan, namun tidak dapat dijayakan susulan keadaan kesihatan dirinya.

Tambah Nazrey, apa pun, jemputan daripada rakan-rakan nasyid membuatkan dia gagahkan diri untuk terbang dari Sabah ke ibu kota meskipun, kesihatan dalam keadaan tidak menentu.

“Jemputan bagi konsert Saujana 25 Tahun adalah sesuatu yang bagi  saya ‘impossible’ jiak saya  tidak menerimanya. Jemputan kawan-kawan dan sahabat seperjuangan, kalau tidak sihat pun, saya kena usahakan juga.

“Malah, saya berbesar hati sebenarnya, untuk membuat persembahan dengan rakan-rakan nasyid saya ini,” ujarnya.

Nazrey memberitahu dia berbesar hati dengan kemunculan di konsert Saujana 25 Tahun yang bakal diadakan di Zepp KL pada 5 Mac ini.

Dia bakal  menyanyikan tiga buah lagi di konsert berkenaan, iaiatu dua lagu solo hasil ciptaan sendiri dan manakala satu lagi lagu bersama kumpulan Saujana. – Getaran, 27 Januari 2023.


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Spider 'Keluar Sarang' Live Di Kuala Lumpur Jun Ini

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Laungan Azan Iringi Konsert Alif Satar and The Locos

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Dato’ Shake Tangguh Konsert Di Zepp KL

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN