web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mama Betul Ke Ayah Kahwin Lain? - Puteri Sarah Terkedu Dengar Soalan Daripada Anak Lelakinya

Menurut Puteri Sarah Liyana, dia tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan daripada anaknya yang berusia enam tahun itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 10:00AM

Puteri Sarah bersama anaknya Syaikhul Islam. - Gambar daripada Instagram Puteri Sarah Liyana

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengakui hilang kata-kata saat ditanya oleh anak lelakinya iaitu Syaikhul Islam mengenai bapanya yang telah berkahwin lain.

Puteri Sarah telah berkongsi tentang momen janggal itu di Instastory.

“Baru balik daripada sesi fotografi. Sampai di rumah Syaikhul tanya mama betul ke ayah kahwin lain? Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain?

“Bagaimana nak jawab soalan dari seorang budak berusia enam tahun? Saya hilang kata-kata,” tulisnya.

Tulis Puteri Sarah lagi, dia meminta supaya lelaki-lelaki di luar sana yang teringin kahwin lagi satu supaya fikir tentang apa yang si isteri harus jawab kepada anak seandainya ditanya soalan seperti itu.

“Nak kata ayah kahwin sebab nak elak maksiat? Ayah ikut suruhan Allah. Seperti mana kamu jawab di dalam video itu?

“Pernah tak terfikir satu hari nanti perlu jawab dekat anak? Ada terfikir tak lari kahwin kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?” tulisnya.

Puteri Sarah turut berpesan kepada lelaki di luar sana supaya belajar balik tentang Islam sebelum mahu memperjuangkan poligami atas alasan sunnah. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN