web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Famili Duo' - Siti Nurhaliza Akui Terpaksa Garang Dengan Kakaknya, Siti Saida Dan Adik, Siti Sairah

Siti juga sebenarnya telah menyedari dari awal mengenai keinginan adik-beradiknya itu untuk menyertai program berbentuk nyanyian, sebelum mereka berkongsi mengenai penyertaan mereka di dalam ‘Famili Duo’.  

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 6:00PM

Siti Saida dan Siti Sairah turut serta dalam program 'Famili Duo' musim kedua ini. - Gambar Instagram Siti Saida

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui dia terpaksa jadi ‘garang’ selepas mengetahui kakaknya,Siti Saida dan adiknya, Siti Sairah yang kini sedang menyertai musim kedua, ‘Famili Duo’.

Menurut Siti, beliau menyedari dari awal mengenai keinginan kedua adik-beradiknya itu untuk menyertai program berbentuk nyanyian, sebelum mereka berkongsi mengenai penyertaan mereka di dalam ‘Famili Duo’.  

Siti Saida (kiri) dan Siti Sairah - Gambar Instagram Siti Saida
Siti Saida (kiri) dan Siti Sairah - Gambar Instagram Siti Saida

“Sebelum Kak Ida (Saida) dan Sairah bagitahu saya, saya dah boleh agak dah, mereka mahu menyertai sebuah pertandingan nyanyian, tetapi tidak tahu bahawa ia  program ‘Famili Duo’.

“Saya sudah boleh kesan sebab, tiba-tiba mereka belajar vokal, rajin membuat latihan, jadi saya fikir mesti ada sesuatu yang serius mereka ingin terlibat dalamnya.

“Jadi, selepas mereka memberitahu saya yang mereka ingin memasuki pertandingan ini, saya terus jadi garang dan nasihat mereka supaya membuat yang terbaik, tetapi  saya tidak control mereka” katanya menerusi satu paparan di media sosial baru-baru ini.

Dalam pada itu, Siti turut mendedahkan, beliau memberi panduan kepada dua beradiknya itu dalam ‘Famili Duo’ ini.

“Saya sedar kami masing-masing dalam keluarga ini ada bakat tersendiri dan kami semua boleh menyanyi, dan ada kemampuan sendiri.

“Bila saya mendapati keinginan mereka untuk menyertai ‘Famili Duo’ ini, jadi saya bagi nasihat kepada mereka bahawa, mereka kena buat betul-betul. Saya tak nak lah nanti, tiada persiapan yang betul pulak.

“Jadi saya memberi panduan kepada mereka dan harap mereka membuat yang terbaik. All the best sisters, buat yang terbaik Kak Ida dan Sairah!. Jangan malukan orang Kuala Lipis,” ujar Siti bersemangat. 

Pasangan penyanyi adik-beradik, Siti Sairah dan Siti Saida bergandingan dalam program realiti nyanyian 'Famili Duo' musim kedua.

Sementara itu, itu Siti Saida pula mengakui pada awalnya mereka agak takut untuk memberitahu keluarga tentang penyertaan mereka di dalam program tersebut. 

Siti Sairah (kiri) dan Siti Saida ketika beraksi di minggu ketiga Ahad lalu. - Gambar Instagram Siti Saida
Siti Sairah (kiri) dan Siti Saida ketika beraksi di minggu ketiga Ahad lalu. - Gambar Instagram Siti Saida

“Paling takut nak beritahu adiklah, Datuk Siti. Sebab dia selalu beritahu saya kalau nak menyanyi sebab takut kena perli. Sebab dia selalu bagitau, Kak Ida kalau nak nyanyi kena betul-betul, kena konfiden, jangan malu-malu,” katanya. 

Sementara itu, Siti Sairah pula memberitahu, akhirnya mereka dapat memaklumkan tentang penyertaan mereka itu di dalam group WhatsApp keluarga. 

“Waktu itu, kami tengah cakap pasal pertandingan, jadi kami teruslah bagitau kami masuk pertandingan ini,” katanya pula. 

Famili Duo musim kedua menemui penonton mulai 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3. Program yang menampilkan penyertaan selebriti popular yang digandingkan dengan ahli keluarga mereka bakal memasuki minggu keempat pada Ahad ini. – Getaran, 3 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN