web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siapa Katy Louise Saunders? Kenali Aktres British Ini Yang Dikatakan Kekasih Song Joong Ki

Katy Louise Saunders adalah seorang aktres berdarah Inggeris-Columbia yang dibesarkan di London dan Itali.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 10:00AM

Saunders membuat debut sebagai pelakon dalam filem drama romantik Itali 2002, 'Un viaggio chiamato amore'

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hari sebelum ini, bertebaran gosip mengatakan aktor Song Joong Ki kini sedang bercinta dengan seseorang yang bergelar selebriti.

Laporan daripada Sport Chosun pula menyebut, Song Joong Ki bercinta dengan gadis bukan selebriti daripada England. Bahkan, laporan itu menyebut hubungan cinta di antara mereka sudah terjalin lebih daripada setahun.

Agensi yang dinaungi Song Joong Ki, High Zium Studio pula mengesahkan tentang laporan berita Song Joong Ki sedang bercinta tetapi tidak dapat mengesahkan perkara yang lain-lain.

Pihak High Zium Studio meminta semua orang supaya usah membuat pelbagai spekulasi yang belum sahih tentang percintaan aktor mereka itu.

Namun, memetik laporan Koreaboo, ada spekulasi terbaharu yang mengatakan bahawa kekasih Song Joong Ki itu adalah aktres British, Katy Loiuse Saunders (juga dikenali sebagai Kate Saunders).

Sewaktu menghadiri acara Anugerah APAN Star, Song Joong Ki telah mengucapkan terima kasih dengan menyebut beberapa nama iaitu Katy, Marla, Mata and Antes.

Yang mana nama pertama yang disebut itu adalah untuk Saunders dan beberapa lagi untuk anjing-anjing milik aktres tersebut.

Buktinya, Saunders pernah memuat naik gambar bersama anjing-anjingnya dengan yang sama.

Tapi, siapa Katy Louise Saunders?

Dia dilahirkan oleh bapa yang berwarganegara British dan ibu daripada Columbia di London, England, pada 21 Julai 1984, menjadikannya usia 38 tahun iaitu hanya setahun lebih tua daripada Song Joong Ki.

Oleh kerana profesion bapanya, yang memerlukan keluarga untuk berpindah, dia dibesarkan di antara London dan Itali. Jadi, dia belajar di sebuah sekolah Inggeris di Rom sebelum mendapat ijazah sarjana muda dalam pentadbiran perniagaan daripada Universiti Bocconi di Milan.

Saunders membuat debut sebagai pelakon dalam filem drama romantik Itali 2002, Un viaggio chiamato amore (dilancarkan di peringkat antarabangsa sebagai A Journey Called Love or A Scandalous Journey),

Drama yang diarahkan Michele Placido dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang hubungan yang cukup menyekakan antara penulis Sibilla Aleramo dan penyair Dino Campana. Dia melakonkan watak Laura Morante, versi Sibilla Aleramo yang lebih muda.

Saunders kemudian telah muncul dalam beberapa filem dan televisyen, yang mana kebanyakannya adalah bahasa Itali. Pada tahun 2013, dia telah membawakan watak Gina dalam filem Third Person pada 2013, yang dibintangi Liam Neeson, Mila Kunis dan Olivia Wilde.

Saat ini, mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana Song Joong Ki dan Saunders bertemu sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dalam mana-mana projek drama atau filem.

Ya, itu memang menjadi persoalan yang utama, apatah lagi Saunders dilaporkan agak kurang aktif berlakon, lebih-lebih lagi selepas menjadi guru bahasa Itali ketika ini.

Malah, dia sendiri memang jarang aktif di media sosialnya. Dan hal ini cukup berbeza dengan Song Joong Ki! - Getaran, 28 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Song Joong Ki Terharu Menjadi Bapa, Katy Louise Saunders Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Mereka Di Rom, Itali

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Song Joong-ki Sudah Kahwin Baharu, Isteri Hamil Anak Pertama!

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kekasih ‘British’ Song Joong Ki Yang Digosipkan Dengannya Dikatakan Ibu Tunggal, Anak Usia 10 Tahun 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sahih! Aktor Korea Selatan Song Joong Ki Bercinta Dengan Wanita British 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN