web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas 16 Tahun, Daesung Ucap Selamat Tinggal Kepada YG Entertainment 

Seperti mana Taeyang, YG Entertainment menekankan bahawa hanya Daesung yang meninggalkan agensi itu dan bukannya BigBang. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2022 6:01PM

Daesung telah mengambil keputusan untuk meninggalkan YG Entertainment tetapi masih lagi menjadi ahli kumpulan BigBang - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 16 tahun bersama YG Entertainment, akhirnya anggota kumpulan BigBang, Daesung mengambil keputusan untuk meninggalkan agensi tersebut. 

Menurut laporan media di Korea Selatan, YG Entertainment semalam memaklumkan bahawa mereka sedang berbincang tentang kemungkinan untuk memperbaharui kontrak bersama anggota BigBang, G Dragon dan Daesung. 

YG Entertainment memaklumkan perkara itu susulan berita yang mengatakan seorang lagi anggota BigBang iaitu Taeyang telah pun menandatangi kontrak dengan agensi bernama TheBlackLabel selepas kontraknya bersama agensi lamanya itu berakhir. 

Tetapi pada hari yang sama, YG Entertainment kemudian memberitahu bahawa Daesung telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kontraknya dengan agensi tersebut. 

“Daesung telah mengambil keputusan untuk mengakhiri kontraknya bersama kami. Dia mahu cari permulaan yang baru.”

Seperti mana Taeyang, YG Entertainment menekankan bahawa hanya Daesung yang meninggalkan agensi itu dan bukannya BigBang. 

“Hakikat bahawa Daesung adalah anggota BigBang tidak akan berubah. Kami menyokong keputusan Daesung dan permulaan barunya dan kami akan sentiasa bekerjasama dengannya,” kata YG Entertainment. 

Mengenai G-Dragon pula, YG Entertainment berkata, mereka masih lagi dalam perbincangan kontrak dengan anggota tersebut. 

Dalam pada itu, seorang lagi anggota BigBang iaitu TOP telah pun meninggalkan agensi YG Entertainment pada awal tahun ini selepas kontraknya bersama agensi itu berakhir. – Getaran, 27 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

G-Dragon Big Bang Disiasat Kes Dadah

3

TARA 2 tahun yang lalu

Levi’s Lantik Kumpulan K-Pop, NewJeans Jadi Duta Global 

4

TARA 3 tahun yang lalu

Bermalam Di Atas Pentas Peragaan, Dekati Kumpulan K-pop ENHYPEN

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 23 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN