web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dolla Ketakutan, Didekati 3 Lelaki Minta Kad Pengenalan, Menyamar Polis?

Menurut Syasya, dia bertanya mengapa ahli kumpulan itu disoal siasat namun pertanyaannya itu dijawab dengan kasar oleh salah seorang lelaki berkenaan.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 5:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malang tidak berbau apabila kumpulan Dolla terpaksa berdepan dengan insiden cemas apabila tiga lelaki tiba-tiba memberhentikan kereta dan meminta agar kesemua ahli kumpulan itu mengemukakan kad pengenalan diri. 

Ketika kejadian, Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya, baru sahaja selesai latihan menari sekitar jam 11:30 malam dan sedang menunggu kenderaan untuk pulang. 

“Ketika menunggu kenderaan untuk pulang, tiga orang lelaki menaiki kereta Proton memandu perlahan sebelah kami dan menurunkan cermin memandang kami dengan cara yang tidak menyenangkan. 

“Mereka kemudian keluar dari kereta dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Namun mereka tidak memakai pakaian seragam rasmi dan tidak memandu kereta polis. 

“Mereka juga gagal menunjukkan dengan jelas kad kuasa mereka kepada kami. Mereka cepat-cepat menyoal siasat kami dan bertanya apa yang kami lakukan di kawasan ini dan adakah kami rakyat Malaysia. 

“Mereka kemudian cepat-cepat meminta dan mengambil gambar kad pengenalan kami senyap-senyap tanpa keizinan,” tulis Dolla melalui sebuah kenyataan di Twitter. 

Salah seorang ahli iaitu Syasya, kemudian bertanya mengapa ahli kumpulan itu disoal siasat namun pertanyaannya dijawab dengan kasar oleh salah seorang lelaki berkenaan. 

“Bila Syasya tanya, salah seorang daripada mereka menjawab dengan kasar, kenapa tidak? Mereka adalah polis. 

“Kami bingung dan ketakutan kerana kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” tulis mereka. 

Dolla - Gambar fail
Dolla - Gambar fail

Selepas itu, tiga anggota polis itu beredar tanpa memberikan apa-apa penjelasan kepada Dolla. 

“Tak tahulah kalau situasi seperti ini betul atau scam. Kalau ada yang pernah alami perkara ini, tolong bagitahu bagaimana nak tangani situasi ini. Kepada wanita di luar sana, tolong berhati-hati,” katanya. 

Ciapan berkenaan kemudian mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya meminta agar Dolla membuat laporan polis. 

Beberapa tweet yang lain juga mencadangkan agar pihak syarikat pengurusan Dolla mendapatkan khidmat pengawal peribadi buat artis kesayangan mereka.- Getaran, 21 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...