web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hook Entertainment Dakwa Bayar Lee Seung Gi USD4.1 Juta, Bayaran Muzik Digital Tertunggak 

“Hook memohon maaf sekali lagi kepada Lee Seung Gi atas pertikaian dan salah faham yang timbul daripada kesilapan kami ini,” kata agensi itu dalam satu kenyataan rasmi.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 7:33PM

Lee Seung Gi - Gambar Instagram Lee Seung Gi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Agensi Hoon Hook Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi dengan mendakwa bahawa mereka telah membayar penyanyi dan pelakon, Lee Seung Gi atas segala pendapatan pengedaran muziknya yang selama ini tertunggak. 

Bulan lalu, Lee Seung Gi dilaporkan telah menghantar dokumen kandungan kepada agensinya, Hook Entertainment, meminta pendedahan telus mengenai pendapatannya.

Sebuah media kemudian melaporkan bahawa Lee Seung Gi tidak pernah menerima menerima sebarang keuntungan muzik digitalnya daripada agensi itu. 

Hook Entertaiment menafikan dakwaan Lee Seung Gi itu dengan menegaskan kan bahawa mereka telah menyerahkan semua butiran kewangan yang relevan dengan penyanyi itu dan membayarnya semua yang patut diterimanya sewaktu dia memperbaharui kontrak eksklusifnya pada tahun 2021.

Bagaimanapun, selepas wakil undang-undang Lee Seung Gi mengeluarkan kenyataan tambahan menyangkal dakwaan Hook Entertainment, CEO agensi itu akhirnya meminta maaf dan mengumumkan bahawa beliau akan "mengambil tanggung jawab sepenuhnya terhadap dakwaan Lee Seung Gi yang membabitkan perundangan itu. 

Terbaharu, Hook Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari ini: 

“Pertama, kami memohon maaf kepada Lee Seung Gi, yang merupakan orang yang paling menderita sekarang kerana perkara ini.

“Seperti yang sudah diketahui umum, Hook telah menerima permintaan daripada Lee Seung Gi untuk pendedahan telus mengenai pendapatan muzik digitalnya dalam tempoh kontrak eksklusifnya dengan agensi kami, serta pembayaran pendapatan tersebut.

“Oleh itu, kami menghantar Lee Seung Gi data yang relevan pada awal minggu ini, dan kami cuba mencapai penyelesaian secara baik dengan Lee Seung Gi berdasarkan data tersebut.

“Bagaimanapun, jumlah yang diminta Lee Seung Gi terlalu berbeza daripada jumlah yang sepatutnya dia terima, jadi kami tidak dapat mencapai persetujuan bersama.

“Sungguhpun begitu, Hook tidak mahu pertikaian berpanjangan mengenai pendapatan yang tidak dibayar dengan Lee Seung Gi, yang mana kami telah mengekalkan kontrak eksklusif untuk masa yang lama. 

“Oleh itu, selain daripada bayaran asas sebanyak 1.3 billion won [kira-kira USD 993,846], hari ini, kami membayar Lee Seung Gi pendapatannya yang tidak dibayar sebanyak 2.9 billion won [kira-kira USD2.2 juta], serta 1.2 billion won [USD 917,298] iaitu nilai faedah tertangguh sepenuhnya.

“Kami juga mengesahkan bahawa kami tidak berhutang lagi kepada Lee Seung Gi, dan untuk menamatkan pertikaian kami mengenai pendapatan yang tidak dibayar dengan Lee Seung Gi.

“Hook memohon maaf sekali lagi kepada Lee Seung Gi atas pertikaian dan salah faham yang timbul daripada kesilapan kami ini. 

“Kami berharap pada masa akan datang, kami akan dapat mencapai penyelesaian yang telus melalui mahkamah supaya kedua-dua pihak tidak dibiarkan dengan sebarang keraguan, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mencapai matlamat ini.

“Sekali lagi, kami memohon maaf kepada semua orang yang telah terluka dengan kejadian ini,” jelas Hook. 

Lee Seung Gi memiliki beberapa lagu hit sebagai penyanyi solo. Antaranya adalah 'Because You’re My Woman', 'Will Marry Me', 'Return' dan 'The Ordinary Man'. 

Selain itu, Lee Seung Gi juga turut dikenali sebagai aktor dan telah memegang watak utama dalam beberapa drama bersiri popular seperti 'Brilliant Legacy' (2009), 'My Girlfriend is a Gumiho' (2010), 'The King 3 Hearts' (2012), 'A Korean Odyssey' (2017-2018) dan 'Mouse' (2021).  – Getaran, 16 Disember 2022

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

3

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

4

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

5

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad