web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alif Satar Sibuk Cari Mufti Menk Dalam Masjid, Rupa-Rupanya Cendekiawan Islam Itu Solat Di Sebelahnya

Kata Alif, dia berlari ke dalam masjid untuk mencari Mufti Menk selepas mendapat tahu bahawa beliau berada di situ menerusi IG Livenya. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2022 12:05PM

Alif (kiri) teruja dapat bertemu Ismail Menk di Makkah. - Gambar dari Instagram @alifsatar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapalah yang tidak mahu bertemu dan bertentang empat mata dengan Mufti Zimbabwe, Dr Ismail Menk? Ceramah dan Mutiara Kata yang disampaikan pendakwah dan cendekiawan Islam hebat itu mengandungi inspirasi yang mampu dijadikan panduan untuk kita menjalani kehidupan sebagai mukmin yang diredhai Allah SWT. 

Jika tidak, masakan beliau dikenali serata dunia hingga tersenarai sebagai antara Top 500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia sejak 2010. 

Jadi, tidak hairanlah, jika Alif Satar yang ketika ini sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci berlari ke dalam masjid untuk mencarinya selepas mendapat tahu bahawa beliau berada di situ menerusi IG Livenya. 

“Saya sedang menonton IG Live beliau dan berlari ke dalam masjid untuk mencarinya. Saya tahu ia menjadi sukar di lautan manusia. 

“Siap tanya tukang cuci, ada jumpa Mufti Menk tak. Tapi, dia (tukang cuci) tidak tahu. Dalam hati saya berkata, Insya Allah, jika ada rezeki, Allah akan menunaikannya. 

“Kemudian dia muncul dan bersolat di sebelah saya. AllahuAkhbar. Ia adalah satu kegembiraan apabila dapat bertemu anda secara peribadi sir @muftimenkofficial. 

“Terima kasih atas semua video yang anda hasilkan yang membantu saya melalui masa yang sukar ... Semoga Allah meringankan segala-galanya untuk anda. Aamen,” katanya. 

Alif Satar berpeluang bertemu Ismail Menk di tanah suci.
Alif Satar berpeluang bertemu Ismail Menk di tanah suci.

Alif Satar telah membuat perkongsian itu menerusi Instagramnya dan apa yang menarik, Mufti Menk atau nama rasminya, Mufti Dr Ismail Menk yang dilahirkan dan dibesarkan di Zimbabwe ini turut menjawabnya. 

“Semoga Allah memberkati anda dan orang yang anda sayangi sentiasa. Aameen”. 

Pasti ia akan menjadi salah satu kenangan terindah buat Alif saat mengerjakan umrah di sana bersama rakan-rakan sekumpulannya yang lain iaitu The Locos. 

Itulah orang kata, apa sahaja kemungkinan boleh berlaku di Tanah Suci Mekah, Jika niat kita baik, Allah SWT pasti akan permudahkan segalanya dan memberikan kita rezeki yang tidak disangka-sangka. – Getaran, 16 Disember 2022 





 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

3

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

4

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

5

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad