web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Giliran Saya Untuk Memakai 'Cape' Ini Telah Berakhir  - Henry Cavill Ucap Selamat Tinggal Pada Watak Superman

Peminat di seluruh dunia nyata bersedih dengan berita mengejut ini selepas Henry dikhabarkan tidak akan kembali sebagai Superman dalam filem terbaharu pada Oktober lepas. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 9:00PM

Henry Cavill - Gambar dari Instagram Henry Cavill

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal Hollywood, Henry Cavill telah membuat pengumuman mengejutkan apabila memberitahu bahawa dia tidak akan kembali beraksi sebagai adiwira Superman.

Pengumuman itu telah dibuat menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun media sosialnya. 

Menurut Henry, dia telah mengadakan pertemuan bersama James Gunn dan Peter Safran yang merupakan pengarah filem Superman yang baru juga merangkap sebagai pengerusi bersama DC Studios.

“Dan berita yang menyedihkan semua. Saya tidak akan kembali sebagai Superman. 

"Setelah diberitahu oleh studio untuk membuat pengumuman kemunculan semula saya dalam filem terbaharu Superman pada Oktober lalu sewaktu saya menerima tawaran, itu, pengumuman ini tidak mudah, tetapi inilah kehidupan. 

"Saya hormati keputusan ini, James dan Peter mempunyai sesuatu yang besar untuk mereka bina. Saya doakan agar mereka berjaya.

"Kepada mereka yang sentiasa berada di sisi saya selama ini, kita boleh bersedih sedikit tentang berita ini. Tetapi, kita perlu ingat, Superman akan sentiasa ada. 

Giliran saya untuk memakai 'cape' telah berakhir, tetapi apa yang Superman perjuangkan tidak akan berakhir," tulisnya. 

Sementara itu, di bahagian komen ribuan peminat di seluruh dunia termasuk rakan-rakan selebriti dilihat bersedih dengan berita ini. 

Bagi mereka, Henry merupakan Superman terbaik dan sangat sesuai serta sinonim dengan watak itu. 

Namun ramai juga yang membuat spekulasi bahawa Henry bakal membawa watak ikonik yang lain iaitu James Bond selepas namanya sering disebut-sebut untuk menggantikan posisi Daniel Craig. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

2

Semasa 2 tahun yang lalu

4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Nadhir Nasar Sanggup Botakkan Kepala

4

Selebriti 4 tahun yang lalu

Hisyam Susut 5kg, Berjambang Demi Jayakan Watak 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN