web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nadhir Nasar Sanggup Botakkan Kepala

Sudah terbiasa dilihat berambut panjang, pelakon popular, Nadhir Nasar tidak teragak-agak untuk membotakkan kepala demi memenuhi tuntutan watak. 

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2022 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon yang semakin meningkat naik, Nadhir Nasar, 26, mengakui dia sanggup melakukan perubahan pada penampilannya demi merealisasikan sesuatu watak.

Terbaru dia telah memotong rambut panjang yang sinonim dengan penampilannya demi memenuhi karektor drama terbaru yang akan memulakan penggambaran selepas Raya.

“Bila saya potong rambut saya, maknanya sesuatu yang serius bakal berlaku. Saya akan potong rambut saya demi watak. Sebenarnya saya sudah tahu saya perlu potong rambut sejak dari bulan Disember tahun lalu.

Saya tidak rasa menyesal langsung potong rambut kerana sudah banyak penampilan saya dalam televisyen berambut panjang. Jadi ini adalah penampilan terbaru,” katanya yang sudah hampir dua tahun menyimpan rambut panjang. 

Ditanya sejauh mana dia sanggup berkorban memotong rambutnya, kata Nadhir dia tidak teragak-agak untuk membotakkan kepada jika naskhah yang diterima memenuhi citarasanya.

“Saya sanggup botakkan kepala. Saya akan lakukannya jika naskhah itu bagus dan memang naskhah yang saya mahu buat. Awak nak suruh saya jadi apa-apa pun saya akan buat,” ujarnya.

Melihatkan Nadhir begitu sinonim dengan penampilan rambut panjang yang sudah seakan menjadi ‘trademark’ buat dirinya, juara Hero Remaja 2020 ini mengakui lebih suka dengan penampilan rambut panjang. 

“Untuk saya apabila berambut panjang nampak lebih matang dan berseni ala-ala Datuk M.Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dulu-dulu. Selepas ini saya akan kembali menyimpan rambut panjang,” katanya. - Getaran, 11 Mei 2022.

Gambar: Instagram


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN