web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hisyam Susut 5kg, Berjambang Demi Jayakan Watak 

Hisyam hanya makan sekali sehari dan joging sejauh 5km setiap hari.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 2:46PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi menjayakan watak sebagai lelaki kampung, pelakon kelahiran Singapura Hisyam Hamid sanggup menurunkan berat badan sehingga lima kilogram dan tidak memotong rambut selama beberapa bulan. 

Walaupun pihak produksi drama Iman Hakiki tidak pernah menetapkan apa-apa syarat, namun Hisyam merasakan ia adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk memastikan watak yang dibawanya lebih realistik di kaca televisyen.

“Kerana COVID, kami terpaksa bercuti daripada penggambaran selama dua bulan. Pada waktu itulah saya ubah sedikit penampilan tak bercukur dan tidak memotong rambut. 

“Kerana watak yang saya bawakan adalah seorang lelaki kampung, jadi saya kurangkan sedikit berat badan untuk tampil berbeza dengan drama yang lain sebelum ini. 

“Apa yang saya lakukan ialah jaga pemakanan dan jogging. Saya hanya makan berat sekali sehari selepas Asar dan joging 5 kilometer selepas hantar anak ke sekolah setiap hari,” dedahnya ketika ditemui di majlis pelancaran program 'Star vs Food Malaysia' baru-baru ini.

Hisyam sempat berkongsi beberapa foto dengan penampilan berbeza di laman sosial. Namun rata-rata peminatnya lebih selesa melihat imej asal pelakon yang mula meledak di industri hiburan Malaysia dengan drama Ariana Rose pada tahun 2014.

“Tapi itulah, peminat lebih suka dengan imej bersih. Mungkin sebab mereka sudah terbiasa melihat saya dengan penampilan sebegini,” katanya tersenyum.

Sedang menjalani penggambaran untuk drama terbaharu 'Kerana Aku Isteri Bidaan'  yang bakal ditayangkan seminggu lepas raya, Hisyam masih belum berkesempatan untuk pulang ke Singapura walaupun pintu sempadan sudah dibuka awal bulan ini.

“Saya masih lagi sibuk dengan penggambaran buat masa ini. Tapi hujung Ramadan saya pasti akan pulang ke Singapura untuk bertemu dengan mereka,” katanya yang sudah mula membuka perniagaan restoran sendiri di sana.

Sudah berkecimpung lama dalam dunia lakonan, Hisyam bagaimanapun masih belum menerima banyak tawaran untuk membawakan watak antagonis.

“Sebenarnya saya teringin nak bawa watak penjahat yang betul-betul jahat. Sebab tawaran yang saya dapat biasanya seorang lelaki romantik atau jejaka yang baik.

“Mungkin sebab muka saya memang sesuai dengan watak baik dan saya pun masuk ke dalam industri dengan watak-watak yang baik, maka jarang yang menawarkan saya watak jahat. 

“Lagipun, bila penonton sudah selesa melihat kita membawa watak baik, susah kita nak tukar persepsi mereka. Takut nanti tak berapa menjadi pula,” dedahnya.

Terbaharu, Hisyam tampil dalam sebuah rancangan masakan terbitan Astro bertajuk 'Star vs Food Malaysia'.  

Hisyam  dan beberapa barisan selebriti terkenal tanah air seperti Aliff Satar, Sherry Al-Hadad, Thanuja Ananthan dan ramai lagi bakal belajar mengenai masakan bersama chef mereka seperti Chef Datuk Fazley Yaakob, Datuk Chef Ismail dan Chef Adu Amran.

Rancangan berkenaan disiarkan pada setiap Sabtu di Astro Primetime saluran 704. - Getaran, 19 April 2022

Gambar: Hisyam Hamid

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Hisyam Hamid Belum Bersedia Kongsi Status Terkini Bersama Isteri, Mahu Jaga Hati Anak-Anak

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Sertai Peraduan Vogue Challenge, Norish Karman Minta Haneesya Hanee Kurangkan Berat Badan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Netizen Rayu Hisyam Hamid Supaya Jangan Jadi Lelaki Jahat, Tolonglah Kasihankan Lara! 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Awal Ashaari Mula Dapat Tawaran Pertunjukan Fesyen Semula Selepas Susut 10 KG , Bakal Beraya Di Jepun Sekeluarga 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN