Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Putra Amaris Buka 'Rumah Artis' -  Bakal Jadi Pusat Sehenti Peminat Dekorasi Rumah Dengan Harga Rendah

Pelakon dan usahawan ini membuka ‘Rumah Artis’ yang menyediakan pelbagai barang hiasan dalaman serta menawarkan khidmat perunding

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2022 2:00PM

Putra Amaris membuka Rumah Artis, yang menawarkan pelbagai pakej bagi membantu mereka yang ingin menghias rumah mengikut pilihan masing-masing. - Gambar dari PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap orang mengimpikan untuk mendiami rumah yang mempunyai dekorasi yang menarik seperti yang sering dilihat di gambar-gambar yang terdapat di media sosial.

Bagaimanapun berhadapan dengan isu harga selain tidak mempunyai kepakaran dalam rekaan sering membantutkan impian ini. 

Melihat ini sebagai peluang dalam perniagaan selain ruang untuk membantu golongan ini mendapatkan kediaman pilihan, pelakon dan usahawan, Putra Amaris telah menubuhkan Rumah Artis yang menawarkan pakej yang cukup berbaloi.

Selain menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman, di Rumah Artis ini juga, pelanggan boleh mendapatkan barangan hiasan rumah dengan harga yang cukup berpatutan dan berkualiti serendah RM1.

Sebagai pemilik Rumah Artis dan jurucakapnya, Putra Amaris menjelaskan idea perniagaan ini hadir melalui minat yang mendalam terhadap bidang dekorasi.

Tambahnya, menjadi impiannya suatu hari nanti juga, agar Rumah Artis menjadi lokasi pusat sehenti bagi mereka yang ingin mendekorasi kediaman mahupun apa juga ruang pilihan.

“Di sini bukan sahaja perabot, tetapi kami juga menyediakan perkhidmatan perunding hiasan dalaman daripada Azirun Ramly. Saya yakin dengan latar belakang Azirun sebagai pereka fesyen sebelum ini mampu memberi kepuasan kepada pelanggan yang datang ke Rumah Artis.

“Paling penting apa yang ingin saya sampaikan, Rumah Artis adalah lokasi ideal bagi mereka yang ingin mendapatkan idea mahupun produk perhiasan rumah dengan harga yang murah selain menepati cita rasa.

“Sebagai anak seni saya juga tahu akan kesulitan yang dihadapi produksi kita dalam mendapatkan pelbagai produk perhiasan untuk menjayakan penggambaran. Di Rumah Artis juga kami turut menyediakan perkhidmatan menyewa barangan dekorasi termasuk menjadikan lokasi ini sebagai set,” katanya.

Putra Amaris (tengah) pada majlis perasmian Rumah Artis.
Putra Amaris (tengah) pada majlis perasmian Rumah Artis.

Tambah Amaris, dalam memastikan perniagaan ini mendapat tempat di hati penggemar hiasan dalaman dia juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Rumah Artis dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Memang menjadi harapan saya agar jenama Rumah Artis ini akan menjadi pilihan penggemar dekorasi dalaman. Sebab itu kami juga dalam perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan kelak.

“Di sini saya juga ingin meminta perunding hiasan dalaman yang ingin bernaung bersama kami untuk terus ke Rumah Artis. Memang kami memerlukan lebih ramai perunding hiasan dalaman yang mempunyai idea yang lebih berani,” katanya lagi.

Sementara itu bagi Azirun pula kesempatan untuk bergelar perunding hiasan dalaman di Rumah Artis, memberi ruang untuk dirinya berkarya. 

Walaupun bergelar pereka fesyen ketika ini, namun dia yakin untuk mencurahkan idea yang menarik dalam memberi kepuasan kepada setiap pelanggan Rumah Artis.

Mereka yang sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi.
Mereka yang sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi.

“Sesuai dengan slogan Rumah Artis ‘Deko orang kaya, harga boleh kira’ saya bertanggungjawab untuk membantu pelanggan untuk mencapai impian mereka dalam mendiami rumah dengan dekorasi pilihan. Kita tahu ada ramai yang skeptikal dengan perunding hiasan dalaman yang pada mereka akan mengambil kesempatan ketika mengenakan bayaran.

“Tetapi di sini kami menyediakan perkhidmatan yang memberi fokus kepada kemampuan pelanggan. Bukan itu sahaja, pelanggan boleh mendapatkan produk dekorasi rumah dengan harga yang mampu milik dari sebesar besar perabot sehingga sekecil kecil produk antarannya lampu meja. Jadi saya menyeru kepada mereka yang mungkin sedang mencari idea ataupun memerlukan bantuan dari segi nasihat boleh ke Rumah Artis, untuk mendapatkan bantuan dekorasi,”katanya.

Bagi mereka yang ingin melawat ruang pameran Rumah Artis boleh ke Rumah Artis, 3, Jalan Cumarasami, Taman Kaya, Sentul, 51100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. – Getaran, 13 Disember 2022

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Masdo Bakal Gegarkan Resorts World Awana Dengan Konsert Percuma 

oleh Rahayu MN

Selebriti 2 jam yang lalu

Kenyataan Undang Kemarahan Warga Singapura, Erma Fatima Mohon Maaf

Biarpun begitu, Erma tetap dengan pendirian bahawa perbuatan Sarah Yasmine adalah salah!

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Irma Hasmie, Redza Sudah Bercerai - Teman Baik

oleh Wartawan Hiburan Getaran