Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


DJ Lin Sering Terfikir Untuk Menemani Arwah Ibu, Mohon Maaf Jika Pernah Sakiti Hati Sesiapa

Kasihnya terhadap ibu yang sangat mendalam membuatkan penyampai radio popular ini sering terfikir untuk menemani arwah ibunya di alam sana

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Dec 2022 2:12PM

Dj Lin - Gambar dari Facebook DJ Lin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kehilangan insan tersayang dalam hidup terutamanya ibu kandung sendiri pasti perit untuk dilalui bagi sesiapa sahaja di dunia ini. 

Hilangnya seorang ibu, maka putuslah doa yang paling mustajab buat insan yang bergelar manusia. Keperitan itu turut dirasai oleh penyampai radio terkenal, DJ Lin apabila dia kehilangan ibunda tercinta iaitu Allahyarham Puteh Jantan beberapa bulan lalu. 

Biarpun merupakan anak ketujuh dari 10 orang adik beradik, namun DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 47, mengakui bahawa dia antara yang paling rapat dengan arwah ibunya. 

“Kami punya hubungan sangat lain berbanding adik-beradik yang lain. Terkadang saya sering terfikir bagaimana keadaan arwah ibu saya di sana.

“Saya sering cakap pada diri saya orang nak ikut mak. Itu antara harapan saya sebenarnya. Saya tak kisah andai Allah makbulkan permintaan ini. Saya nak teman mak saya. 

“Saya rasa apa yang saya lalui di dunia ini sudah cukup. Anak-anak pun sudah besar dan saya sudah berikan yang terbaik untuk mereka. 

“Tinggal mereka cuma perlu terus berjuang dalam hidup. Saya sudah tiada apa-apa lagi untuk dikejarkan di dunia ini.” ceritanya sebak menahan rindu yang teramat dalam. 

Namun kata DJ Lin, perasaan sedih yang menyelubungi hidupnya ini bukanlah bermakna dia sudah tidak mahu meneruskan hidup di dunia ini lagi. Kerana dia tetap berpegang teguh dan percaya dengan ketentuan ilahi. 

“Bukan nak kata saya tak cukup kuat untuk mengharungi dugaan ini, tetapi disebabkan hubungan saya dengan arwah ibu sangat rapat sehingga menyebabkan saya terasa ingin menemani dia di sana. Bukan sebab saya dah tak terdaya nak berhadapan dengan dugaan hidup. Selagi kita bernyawa, dugaan tetap ada,” ujarnya.

Biarpun kini ibunya sudah tidak lagi bersamanya di dunia ini, namun DJ Lin bersyukur dia menerima cincin peninggalan arwah ibunya yang dipakainya sejak hari ibunya meninggal dan belum pernah ditanggalkan sehingga hari ini. 

“Ini adalah satu-satunya cincin peninggalan arwah ibu saya. Walaupun saiznya sedikit besar, tetapi saya tetap nak pakai. Bila pakai cincin ini saya anggap arwah ibu berada dekat dengan saya. 

“Kami bukanlah keluarga yang berharta. Ibu saya cuma tinggalkan dua bentuk cincin belah rotan sahaja. Tetapi arwah telah berpesan, jika dia meninggal dunia, dia minta agar dua bentuk cincin ini diberikan kepada orang yang memandikan jenazahnya nanti. 

“Kebiasaan orang yang memandikan jenazah ada dua orang. Tetapi sewaktu hari ibu saya meninggal, yang datang cuma seorang kerana seorang lagi tak dapat datang kerana ada hal. 

“Jadi adik-beradik saya yang lain berpakat supaya sebentuk lagi cincin yang tinggal itu untuk diberikan kepada saya kerana mereka tahu saya sangat rapat dengan arwah ibu. 

“Saya rasa sungguh terharu kerana ada juga peninggalan arwah ibu yang boleh saya simpan. 

“Biarpun jasadnya sudah tiada, tetapi apabila saya pakai cincin ini, saya rasa semangatnya bersama saya. Itu yang membuatkan saya terus kuat,” kongsinya. 

 DJ Lin mengakui bahawa dia antara yang paling rapat dengan arwah ibunya.
DJ Lin mengakui bahawa dia antara yang paling rapat dengan arwah ibunya.

Luah pengurus stesen radio Suria FM ini lagi, dia memohon maaf kepada sesiapa sahaja andai pernah terasa hati dengan perilakunya sebelum ini.

“Selagi diberi kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mungkin saya ada buat salah dengan mereka. 

“Saya tahu saya bukan orang yang baik. Kadang-kadang kita teremosi. Kesihatan juga tak menentu. Jadi saya mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh kita nak mati dalam keadaan yang tenang,” luahnya. 

Kata DJ Lin lagi, selagi hayatnya masih dikandung badan, dia akan tetap meneruskan perjuangan mengemudikan stesen Suria FM.

“Walau apa pun yang berlaku saya akan tetap perjuangkan Suria FM. Biarpun stesen radio kami pernah menjadi bahan umpatan dan perli. Tambahan pula ‘ranking’ Suria FM kini naik ke tangga ketiga. Pasti akan ada pihak yang tidak akan senang duduk. Tetapi saya akan sentiasa ingat pesanan arwah ibu supaya tidak mempedulikan apa yang orang lain kata,” ujarnya. 

Selama menjadi penyampai radio di Suria FM sejak tahun 2007, DJ Lin pernah merangkul pelbagai kejayaan termasuklah memenangi Anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH sebanyak tiga kali dan dipilih sebagai Penyampai Radio Paling Dipercayai oleh majalah antarabangsa Reader’s Digest sebanyak dua kali. – Getaran, 9 Disember 2022


 

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

oleh Helmi Anuar

Muzik 10 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

Konsert pada 28 April hadapan permulaan siri jelajah FOREVER Asia Tour.

oleh Rahayu MN