web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Perempuan Hamil, Bill Gates Bakal Dapat Cucu Pertama! 

Jennifer Gates yang merupakan anak Bill Gates membuat pengumuman tersebut menerusi Instagramnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 11:08AM

Jennifer Gates bersama suaminya Nayel Nassar - Gambar Instagram Jennifer Gates

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hartawan mogul teknologi, Bill Gates bakal bergelar datuk setelah anak sulung perempuannya, Jennifer Gates mengumumkan dia telah pun hamil sewaktu menyambut Thanksgiving semalam. 

Jennifer Gates yang juga adalah anak Bill Gates hasil perkongsian hidupnya dengan bekas isterinya, Melinda French Gates membuat pengumuman tersebut menerusi Instagramnya sambil menunjukkan baby bump di sebelah suaminya, Nayel Nassar. 

Dia mendapat pelbagai ucapan tahniah di atas pengumuman yang menggembirakan itu. 

Sementara ibunya, Melinda pula menulis di ruangan komen: “Tidak sabar untuk melihat si kecil ini dan melihat anda berdua menjadi ibu bapa.”

Bill Gates bersama Jennifer pada hari perkahwinan Jennifer dan Nayel - Gambar Instagram Jennifer Gates
Bill Gates bersama Jennifer pada hari perkahwinan Jennifer dan Nayel - Gambar Instagram Jennifer Gates

Jennifer hamil selepas lebih setahun mengahwini Nayel, 31, dalam sebuah majlis perkahwinan yang romantik di di Westchester County. 

Pasangan ini yang kedua-dua ekuestrian berjaya, baharu sahaja meraikan ulang tahun pertama mereka Oktober lalu. 

Selain Jennifer, Bill Gates dan bekas isterinya, Melinda juga mempunyai dua orang anak lagi iaitu Rory (lelaki), 23, dan Phoebe (perempuan), 20. - Getaran, 25 November 2022

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 2 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN