web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyukai Budak-Budak Kerana Dirinya Seorang Family Man, Pablo Amir Tunggu Jodoh! 

Pablo percaya bahawa dalam menunggu jodoh, Tuhan tidak pernah kejam, namun pada waktu yang sama kewangan juga perlu kukuh supaya tiada siapa berani pandang sebelah mata.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 12:00PM

Pablo Amirul - Gambar Instagram Pablo Amirul

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sering membawakan watak antagonis dalam kebanyakan  filem-filem yang dibintanginya, namun siapa sangka aktor Pablo Amirul sebenarnya berjiwa penyayang. 

Ya! Anak kelahiran Kelantan yang memiliki nama sebenar Amirul Hisyam Mohd Sakri, 37, ini sebetulnya sangat menyukai budak-budak. 

Hal ini sangat terserlah menerusi sebuah hantaran video yang dimuatnaik Pablo dalam Instagram miliknya. 

Gelagatnya sedang bergurau dan mengacah-acah seorang anak kecil bernama Zafira Tijani yang berada dalam dukungannya itu juga sudah cukup menggambarkan jiwa penyayangnya itu. 

Si kecil Zafira Tijani itu juga adalah anak saudaranya dan dia telah membahasakan dirinya sebagai Ayah Ngah. 

Dalam hantaran video itu, Pablo yang telah membintangi lebih daripada 20 filem termasuk Air Force The Movie: Selagi bernyawa, KL Vampires serta Kampung Drift ini  turut meluahkan perasaannya dengan kata-kata penuh bermakna. 

“Ya, saya sangat menyukai budak-budak. Ia adalah sisi lain saya iaitu ‘Family Man’. Tunggulah jodoh nanti.

“Tuan empunya semesta alam tak pernah kejam. Banyak nak kena belajar lagi tentang hidup. Yang penting kewangan kena kukuh baru tiada siapa berani pandang sebelah mata.

“Jangan difikir penghakiman manusia, takutlah di mata Allah. Setiap perbuatan pasti ada pembalasan. Cepat atau lambat, senang atau susah. Jodoh atau mati semua dah tercatat,” kata bintang filem Polis Evo ini. 

Pablo juga menyatakan, seseorang itu perlu yakin dengan apa yang dipercaya dan menggunakan akal fikiran yang diberi untuk memahami ayat-ayat Al-Quran, ia bukan sekadar lafaz merdu. 

 “Jadikan Al- Quran buku bacaan setiap hari walau satu ayat. Jadikan ketakutan pada perintah dan rencanaNya tidak akan diampun. Moga semua mendapat hidayah dan keredhaan Allah, diampunkan segala dosa serta diberikan rezeki yang haq berterusan. 

“Jadi positif dan senyum walau apapun,” katanya. 

Ramai pengikut media sosialnya itu yang telah mendoakan Pablo agar menemui jodoh supaya dia dapat membina keluarganya sendiri. – Getaran, 24 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 20 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN