web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aktor Morgan Freeman Dikritik Membuat Persembahan Di Piala Dunia FIFA 2022

Pada acara pembukaan Kejohanan Piala Dunia itu, aktor berusia 85 tahun ini menjadi penyampai dalam segmen pembukaan, 'The Calling' di Stadium Al-Bayt, Doha.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2022 8:39PM

Morgan Freeman bersama bintang YouTube Qatar, Ghanim al-Muftah pada upacara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor Morgan Freeman telah menerima pelbagai kritikan dan kecaman gara-gara membuat persembahan dalam acara pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 yang berlangsung di Qatar, semalam. 

Pada acara pembukaan Piala Dunia itu, aktor berusia 85 tahun ini menjadi penyampai dalam segmen pembukaan, 'The Calling' di Stadium Al-Bayt di Doha. 

Dalam acara itu, Freeman berkata kepada khalayak ramai, "Kita berkumpul di sini sebagai satu suku besar dan bumi adalah khemah yang kita semua tinggal bersama."

Piala Dunia kali ini telah mencetuskan kontroversi kerana negara penganjurnya dikatakan terlibat dalam isu hak asasi manusia. 

Sejak FIFA memilih Qatar pada 2010, negara terkecil yang pernah menjadi tuan rumah pertandingan terbesar bola sepak itu, ia berdepan dengan beberapa persoalan besar.

Antaranya tuduhan rasuah dalam proses pembidaan serta layanan ke atas pekerja asing yang membina stadium dan didakwa ramai yang kehilangan nyawa.

Begitu juga dakwaan hak wanita dan kebebasan bersuara turut menjadi perhatian.

Komuniti LGBTQ+ juga dilaporkan membuat bantahan.

Beberapa selebriti antarabangsa seperti Dua Lipa dan Shakira enggan beraksi pada kejohanan kali ini sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap dakwaan ke atas pencabulan hak asasi manusia di Qatar.

Atas sebab yang sama, penampilan Freeman pada majlis perasmian di negara Timur Tengah itu dikritik ramai di media sosial.

"Bagi seseorang yang membawakan watak Nelson Mandela, yang lebih tahu daripada sesiapa yang lain tentang kesan dan kepentingan pengasingan di negara dan kejayaannya di lapangan untuk mengubah dasar negara, sangat mengecewakan apabila melihat #MorganFreeman mengambil wang dan menyokong rejim yang menindas," tulis seorang di Twitter.

Seorang lagi menambah: "@morganfreeman mengecewakan, sebahagian orang sanggup melakukan apa sahaja untuk wang. Tidak akan menonton #shawshankredemption lagi."

Seorang pula menulis: "Morgan Freeman seharusnya berasa malu. Berapakah mereka membayar anda? Berapakah nilai integriti anda? Jangan membangkitkan lagi suara anda tentang minoriti. Anda sudah kehilangan kelebihan itu." 

Bagaimanapun tidak kurang juga yang menyokong keputusan Qatar memilih Morgan Freeman. Mereka menganggap pemilihannya sebagai tepat kerana pencapaiannya sebagai seorang aktor legenda. 

Bahkan, penyampaiannya pada acara pembukaan tersebut telah mendapat pujian dan ramai yang menitiskan air mata apabila beliau menyampaikan mesej penting tentang kemanusiaan.  – Getaran, 21 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 9 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...