web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khir Rahman Harap Rakyat Solat Istikharah Sebelum Keluar Mengundi

Kata aktor berbakat ini, adalah pentingnya untuk mendapat petunjuk agar rakyat Malaysia dapat memilih calon yang benar-benar layak untuk diangkat sebagai pemimpin.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 4:15PM

Khir Rahman - Gambar dari Instagram Khir Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Aktor dan pengarah berbakat besar, Khir Rahman memohon rakyat Malaysia melakukan solat istikharah sebelum keluar mengundi agar dapat membuat pilihan yang tepat. 

Menurut Khir atau nama sebenarnya Khairulnizam Abdul Rahman, 49, ini sahaja cara untuk mengetahui siapa yang patut diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok.

“Selebihnya hanyalah melalui pendengaran serta pembacaan kita selain kita benar-benar berada dalam ‘circle’ orang politik itu.

“Jiran sebelah punya cerita pun kita tak tahu. Orang dalam rumah kita sendiri punya cerita pun kadang-kadang kita tak tahu. 

“Inikan pula dunia yang bukan dunia kita. Kita nak cari pemimpin yang baik. Pemimpin yang baik ini carilah kalangan dosanya yang bukan paling tinggi. Kalau dosa yang paling tinggi, bahaya takut tak berkat. Semua orang ada dosa tapi pilih yang kurang lah. 

“Jadi tolonglah solat sebelum mengundi. Bila kita solat, kita akan dapat petunjuk sebelum kita pangkah. Apa-apa pun kita doa yang terbaik untuk negara kita,” katanya ketika ditemui pada majlis pra tonton siri terbaru dari VIU Originals, Hilang. 

Gambar oleh VIU Malaysia
Gambar oleh VIU Malaysia

Ditanya adakah pentingnya memilih kerajaan yang betul agar industri kreatif di Malaysia disokong dan di angkat ke satu tahap yang lain, Khir bersetuju dengan perkara itu.

“Sudah tentu, tetapi pemikiran dalam orang kerajaan itu sendiri perlu diubah. Saya sudah beberapa tahun bertemu dengan menteri-menteri yang pernah berkhidmat sebelum ini. 

“Bidang kita ini adalah bidang yang paling bawah sekali. Kat tapak kaki sahaja sebenarnya. Saya cakap terus terang. Kita hanya dipergunakan ketika waktu diperlukan. Misalnya jika nak berkempen, kalau kami diperlukan baru kami ada. Waktu nak menghibur baru kami ada. 

“Selebihnya industri ini kami perlu bangunkan sendiri. Semua benda nak dipolitikkan. FINAS sendiri politik, persatuan-persatuan lagi. 

“Lantikan itu sudah lantikan politik. Dipilih antara orang-orang mereka. Bukan dipilih untuk naikkan industri. Itu ada sesetengah penggiat industri seni mereka ubah haluan,” katanya. – Getaran, 18 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...