web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 18 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiara Jacquelina, Pak Nil Seru Rakyat Malaysia Keluar Mengundi Demi Masa Depan Negara 

Baik Tiara mahupun Pak Nil, kedua-dua mereka turut meminta pengundi yang berusia 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi esok hari. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2022 2:19PM

Tiara Jacquelina dan Aznil Hj. Nawawi mengingatkan rakyat Malaysia bahawa esok adalah hari yang penting dan menjadi penentu masa depan - Gambar Instagram Tiara Jacquelina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Esok adalah hari yang penting buat rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana undi kita inilah yang akan menentukan kerajaan yang bakal memimpin negara dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Namun, masih ada juga netizen yang tidak mahu menunaikan tanggungjawab mereka untuk keluar mengundi dengan alasan malas disebabkan senario politik yang sama, tidak tahu hendak undi siapa atau beranggapan siapa pun yang mereka undi, tiada perubahan yang akan berlaku kepada negara. 

Menyedari hakikat ini, produser dan pelakon, Puan Sri Tiara Jacquelina serta pengacara berkaliber, Datuk Aznil Hj Nawawi telah menyeru kepada semua rakyat untuk keluar mengundi pada PRU-15 esok hari.  

Aznil Hj. Nawawi dan Tiara Jacquelina - Gambar Instagram
Aznil Hj. Nawawi dan Tiara Jacquelina - Gambar Instagram

Mereka telah menyampaikan mesej yang penting ini dengan memuat naik video menerusi media sosial masing-masing. 

Kata Tiara, hari Sabtu, 19 November ini adalah tarikh yang paling penting bagi kita semua, untuk kita muncul dan membuat suara kita didengar.

“Hari itu juga adalah peluang untuk kita menentukan pemimpin masa depan negara kita dan peluang kita untuk menentukan kerajaan terbaik, untuk memimpin Malaysia bagi tempoh lima tahun akan datang dan seterusnya. 

“Pilihan raya ini mungkin yang paling penting sepanjang hayat kita, jadi saya benar-benar merayu kepada anda yang belum memutuskan untuk mengundi dan tidak tahu siapa yang akan anda untuk undi, terutama anda yang berumur di bawah 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi, kerana sekarang ini anda mampu melakukan perubahan,” katanya.

Sementara itu, Aznil atau Pak Nil pula mengingatkan semua rakyat Malaysia menunaikan tanggungjawab keluar mengundi, apatah lagi esok hari adalah hari bakal pemimpin akan 'menyembah' kita. 

“Saya sendiri rasa undi ini penting. Kita kena bagitau anak-anak kita. Anak-anak kita yang sudah berusia 18 tahun, sudah boleh mengundi. 

“Ini bermakna, mereka dilihat sebagai berhak membuat keputusan untuk negara. Jadi, anak-anak yang dah berusia 18 tahun yang boleh mengundi, keluarlah mengundi. 

“Anda kena tunjukkan anda mempunyai kuasa untuk menentukan perjalanan negara. Lagi satu, kita kena keluar mengundi kerana kita kena bagitahu pemerintah bahawa mereka tidak mempunyai kuasa mutlak,” katanya. – Getaran, 18 November 2022 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: Pengundian Tamat 6 Petang, Penjumlahan Undi Bermula

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PM Temui Pemimpin Industri Jerman Di Berlin

3

Karier 2 tahun yang lalu

Yayasan Peneraju Hasrat Lahir 3 Jenis Pemimpin Dalam Kalangan Bumiputera

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Ujian Sebenar Pemimpin Adalah Ketika Dia Berkuasa - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...