web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Belajar Dari Pengalaman Pahit 22 Bulan PH Memerintah – Ellie Suriaty 

Ellie mengingatkan semula tentang tuntutan-tuntutan serta cubaan-cubaan mengarut tidak masuk akal kerajaan PH melalui polisi serta dasar-dasar kerajaan yang hendak dilaksanakan ketika itu. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Nov 2022 10:00AM

Ellie Suriaty - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Ellie Suriaty mengingatkan masyarakat supaya mengingati semula pengalaman pahit sewaktu Parti Pakatan Harapan (PH) memerintah kerajaan selama 22 bulan. 

Perkara itu telah dibangkitkan Ellie menerusi sebuah hantaran Instagram yang dimuat naiknya, semalam. 

“Tahun 2018, saya adalah seorang aktivis politik yang tegar membangkang kerajaan PH. Mengapa? Kerana suasana tidak harmoni di kalangan rakyat yang sengaja dicetuskan kerajaan PH ketika itu.

Tuntutan-tuntutan serta cubaan-cubaan  mengarut tidak masuk akal kerajaan PH melalui polisi serta dasar-dasar  kerajaan yang hendak dilaksanakan termasuk menindas hak Agama Islam, Bangsa Melayu di dalam tanah air kami sebagai Anak Watan ketika itu. 

Ellie Suriaty - Gambar fail
Ellie Suriaty - Gambar fail

“Adakah saya rasis? Tidak sama sekali. Saya hidup di dalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Saya menghormati Perlembagaan Persekutuan Perkara 8,” katanya. 

Namun, dia menyifatkan tindakan PH sebagai melampau apabila meminta campur tangan Mahkamah Antarabangsa berkait isu di dalam negara.

“Tuntutan kerajaan PH terhadap Mahkamah Antarabangsa untuk meratifikasikan Statut Rome, di mana Yang DiPertuan Agong sebagai pemerintah tertinggi negara boleh diheret ke Mahkamah Antarabangsa oleh kerajaan PH atas berbagai alasan kelak!. 

“Apakah tujuan kerajaan PH memohon ratifikasi Statut Rome itu?.Semua negara-negara  Eropah yang mengamalkan sistem Beraja Perlembagaan menolak Statut Rome. 

“Arab Saudi menolak. Amerika Syarikat menolak. Bahkan, Singapura turut menolak ratifikasi Statut Rome supaya Mahkamah Antarabangsa tidak masuk campur dalam urusan negara mereka, tetapi kerajaan PH ketika itu memohon untuk ratifikasi Statut Rome? 

“Di atas desakan-desakan, desakan aktivis politik, serta parti pembangkang Umno dan Pas ketika itu, maka permohonan ratifikasi Statut Rome oleh kerajaan PH telah di tarik balik di tahun 2019,” katanya. 

Ellie turut membangkitkan semula isu permohonan  ratifikasi Icerd oleh PH.

“Sebuah perhimpunan besar-besaran telah menyaksikan seramai 1.97 juta umat Islam menentang permohonan kerajaan Ph untuk meratifikasikan Icerd secara aman. 

“Apakah Icerd? Mengapakah serangan-serangan halus yang bakal menjahanamkan setiap organisasi kekeluargaan disasarkan kerajaan PH terhadap rakyat Malaysia yang majoriti bilangannya beragama Islam, berbangsa Melayu? 

“Adakah Melayu rasis? Tidak. Melayu sangat mendakap persahabatan, Melayu bersifat melayan kerenah,” katanya.

 Ellie juga cuba menyedarkan ramai bahawa  calon Perdana Menteri tidak bersifat individual. 

“Beliau tidak membawa agendanya sendiri. Tidak membawa manifestonya sendiri. Siapa yang kamu pilih datang sekali dengan agenda serta manifesto parti naungannya,” katanya. – Getaran, 17 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Musa Aman Bukan Bakal Ketua Kami - PH Sabah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Selamat, Kereta Terbabas Berhampiran Empangan Bakun

3

Politik 2 tahun yang lalu

Kemenangan PRK Pulai, Simpang Jeram Perkembangan Positif Untuk Kerajaan Perpaduan - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK: Pengalaman Di MPM Bantu Calon Atasi Masalah Penduduk Setempat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 6 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...