web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gara-Gara Memakai Baju Perikatan Nasional, Netizen Tanya Aeril Zafrel Dibayar Berapa Ribu?

Ini kerana pelakon dan usahawan kacak itu dilihat secara terang-terangan memakai baju yang tertera perkataan gabungan parti Perikatan Nasional.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2022 4:02PM

Tangkapan layar video Tik Tok Aeril Zafrel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Gara-gara dilihat memakai baju yang tertera perkataan Perikatan Nasional, pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel telah disoal netizen sama ada dia menerima bayaran untuk mempromosikan gabungan parti politik berkenaan. 

Aeril telah memuat naik videonya yang memakai kemeja-T Perikatan Nasional yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin itu di akaun TikTok.

Dalam video itu, Airel cuba menjawab pertanyaan parti apa yang akan diundinya nanti? Kemudian Aeril menunjukkan dirinya yang berbaring di atas kerusi rehat sambil memakai baju yang tertera perkataan Perikatan Nasional.

Disebabkan itu, ramai netizen yang membuat spekulasi bahawa Aeril telah dibayar untuk mempromosikan gabungan parti politik berkenaan sempena Plihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini.

“Ini berapa ribu dapat buat video macam ni,” ciap seorang pengguna Twitter berserta tangkap layar foto Aeril yang memakai baju Perikatan Nasional. 

“Kalau dah tiba-tiba ‘try hard’ pakai t-shirt nak tunjuk lambang parti politik sebegini, ‘confirm’ kena bayar la. Kalau jenis sokong cara matang, tak ada rupa begini,” ciap seorang lagi pengguna Twitter.

Komen Netizen - Tangkapan layar media sosial
Komen Netizen - Tangkapan layar media sosial

Selain Aeril, isterinya iaitu Wawa Zainal turut dilihat memakai baju yang sama. Tidak ketinggalan aktres dan usahawan, Mawar Rashid dan suami. 

Ada juga netizen yang berpendapat bahawa Aeril juga mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukainya sebagai salah seorang rakyat Malaysia. 

“Suka hati la orang la nak undi parti apa pun. Hak masing-masing. Kau pula tak senang duduk. Nak ikut selera kau saja,” ciap seorang pengguna Twitter.

Komen Netizen - Tangkapan layar media sosial
Komen Netizen - Tangkapan layar media sosial

Kata netizen lagi, bukan Aeril seorang sahaja selebriti yang dilihat terang-terangan menyokong parti politik yang disukainya. Ramai lagi selebriti lain yang turut berbuat demikian. 

Apa-apa pun jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan turun mengundi pada PRU-15, Sabtu ini. – Getaran, 16 November 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 13 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

2

Politik 18 jam yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

3

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

4

Politik 2 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN