web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Membesar Dalam Keluarga B40 Yang Serba Kekurangan, Eizlan Yusof Faham Keperitan Rakyat

Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, Eizlan turut memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu yang berkaitan dengan kawasan itu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2022 10:00AM

Membesar dalam keluarga B40, berbumbungkan atap zink bocor ketika hujan adalah sebahagian dari kisah hidup Datuk Sri Eizlan Yusof yang tidak semua tahu - Gambar oleh Syamsah Photography

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Membesar dalam keluarga B40, berbumbungkan atap zink bocor ketika hujan, hanya sepasang seluar sekolah dari tingkatan satu hingga lima adalah sebahagian dari kisah hidup Datuk Sri Eizlan Yusof yang tidak semua tahu.

“Saya berasal dari keluarga B40, jadi saya faham keperitan hidup dan kita boleh duduk bersembang dengan saya.

“Saya bersyukur sebab Allah SWT buka banyak pintu sehinggalah ke hari ini menjadi calon Parlimen di Sabak Bernam,” katanya. 

Beliau melihat rezeki ini satu rahmat dan menguatkan lagi semangatnya untuk berjuang dan membantu, selain memberi ruang dan peluang kepada mereka yg memerlukan.

Calon nombor satu P.092 Sabak Bernam itu berkata, ketika dilantik sebagai Pengerusi Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri tahun lalu, beliau pernah diberitahu Dr. Ahmad Idham bahawa beliau paling layak memegang portfolio itu.

“Ahmad Idham beritahu saya paling layak sebab jiwa saya ‘tisu’, jadi saya memang ada masalah apabila berdepan dengan orang yang ada kesukaran.

Eizlan Yusof komited untuk meneruskan khidmat dan baktinya di Parlimen Sabak Bernam dan menjadi kumpulan pendesak sekiranya gagal memenangi kerusi P092 itu
Eizlan Yusof komited untuk meneruskan khidmat dan baktinya di Parlimen Sabak Bernam dan menjadi kumpulan pendesak sekiranya gagal memenangi kerusi P092 itu

“Sekiranya diberi mandat di Parlimen Sabak Bernam, saya memberi jaminan untuk menyelesaikan beberapa isu.

“Antaranya, kelemahan isyarat jalur lebar (Internet) dan talian telefon, naikkan sektor eko-pelancongan, pertanian dan peluang kerjaya golongan belia,” katanya. 

Justeru, kata Eizlan, penubuhan Jawatankuasa Komuniti di dua Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Sabak Bernam perlu ditubuhkan bagi mengumpul isu-isu baru dan lama, buat kertas kerja dan bawa ke peringkat atasan.

Bahkan, dia komited untuk meneruskan khidmat dan baktinya di Parlimen Sabak Bernam dan menjadi kumpulan pendesak sekiranya gagal memenangi kerusi P092 itu.

“Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong semata-mata. Jika kalah sekali pun, saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan apa sepatutnya selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja,” katanya. - Getaran, 15 November 2022 

Kredit Foto Syamsah Photography

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

9 bulan yang lalu

Pelajar Kritikal Jatuh Bangunan: Siasatan KPM Ambil Kira Segenap Aspek

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Disyaki Jadi Mangsa Buli, Pelajar Tingkatan 3 Kritikal

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 7 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN