web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Langgar Perintah Injuksi, Puteri Sarah Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ahli Keluarga Ira Kazar

Menurut Puteri Sarah, ada ahli keluarga Ira Kazar yang telah membuat hantaran di media sosial menyebut namanya dan pihak peguam telah menghantar notis kerana melanggar perintah injuksi

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2022 2:20PM

Puteri Sarah Liyana - Tangkap Layar dari video Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana mengakui ada di kalangan ahli keluarga Ira Kazar yang telah melanggar perintah  injuksi  gara-gara menyebut namanya dalam satu hantaran di media sosial.  

"Ada ahli keluarga dari pihak sebelah sana telah melanggar perintah injuksi. Jadi peguam saya telah uruskan hal ini dan bertindak.

"Perintah injuksi yang dibuat sebelum ini menuntut supaya pihak di sebelah sana tidak boleh bercakap atau sebut tentang saya. Tetapi ada yang telah melanggarnya," katanya ketika ditemui di majlis pelantikannya sebagai duta produk, Body Flasshh.

Menurut isteri kepada Syamsul Yusof ini lagi, perkara ini telah disampaikan netizen kepadanya.

"Disebabkan saya sangat sibuk dengan kerja, saya tiada masa langsung untuk ambil tahu tentang hal-hal seperti ini. Tetapi netizen yang telah memberitahu saya. 

"Jadi saya minta peguam untuk periksa sama ada pihak sana telah melanggar perintah injuksi. Peguam saya kata ya mereka telah langgar, jadi surat telah pun dihantar kepada individu yang mengeluarkan kenyataan itu di media sosial," ujarnya. 

Ditanya tentang pendapat bapa kepada Ira iaitu aktor senior Kazar yang menyifatkan konflik yang berlaku di antara mereka bukanlah masalah yang besar, kata Puteri Sarah perkara ini mungkin tidak besar bagi dirinya, tetapi di mahkamah kes ini besar.

"Kalau tak besar takkanlah kes ini boleh dibawa sehingga ke mahkamah. 

Ada juga pihak yang mendakwa bahawa saya menokok tambah kenyataan yang dikeluarkan Kazar. 

"Saya pun tak tahu di mana tokok tambahnya. Sebab kenyataan itu datang dari pihak sana, bukannya saya. 

"Sebenarnya, saya pun dah malas nak komen tentang isu ini. Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan pihak sana, saya akan bawa ke mahkamah sahaja," katanya. 

Kata pelakon drama Suri Hati ini lagi, jika niat Kazar mengeluarkan kenyataan sebegitu adalah supaya dia menarik balik dakwaan, perkara itu tidak akan sekali-kali berlaku.

"Apa yang pasti saya tidak akan menarik dakwaan itu. Saya akan teruskan sehingga tarikh perbicaraan," tegasnya. - Getaran, 10 November 2022. 

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Puteri Sarah Belum Beritahu Anak-Anak Dia Dan Syamsul Yusof Sudah Berpisah, Tidak Mahu Rosakkan Momen Bahagia Mereka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN