Berita Terkini

8 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


‘Kami Akan Ambil  Tindakan Seterusnya’, Yana Samsudin Jawab Isu Akaun Palsu Facebook Yang Gunakan Namanya 

Hampir tiga minggu pihaknya berusaha menghubungi pihak akaun facebook palsu tersebut, namun hingga masih tiada respon yang diterima. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2022 4:18PM

Yana Samsudin - Gambar Instagram Yana Samsudin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Yana Samsudin sedia mengambil tindakan undang-undang jika pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama dan gambarnya untuk menjual produk berupa makanan tidak menghubunginya untuk menyelesaikan perkara berkenaan. 

Menurut Yana, dia tidak dia tidak ada kena mengena dengan produk berupa makanan untuk menguruskan badan itu.

Yana Samsudin
Yana Samsudin

“Sebenarnya, tindakan mereka memalsukan penjualan produk mereka dengan menggunakan nama artis tanpa kebenaran adalah sangat tidak beretika.

“Memang tidak bagus untuk kita berbuat demikian, kerana kita tidak tahu apa ramuan yag mereka menggunakan untuk produk tersebut dan jika ia sesuatu yang tidak baik dan dijual dengan muka dan nama saya tanpa  kebenaran, itu boleh memudaratkan pembelinya.

“Jadi, memang tidak beretika untuk sesiapa pun berbuat demikian,” kata Yana ketika ditemui selepas Majlis Nivea Luminous 630 Journey, di Hotel Le Meridien, baru-baru ini.

Pada masa sama, Yana, 38, berkata sudah hampir tiga minggu pihaknya berusaha  menghubungi pihak facebook palsu tersebut, namun masih tiada respon yang diterima. Malah, tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihak tersebut.

“Jadi, saya akan buat tindakan seterusnya tidak lama lagi, kerana kita tidak boleh pandang remeh mana-mana individu yang mahu mengambil jalan mudah dengan menggunakan foto selebriti untuk melariskan produk jualan mereka,” ujarnya.

Sementara itu, menurut ibu kepada dua cahaya mata itu juga, dia tidak bersetuju dengan kenyataan seorang penerbit yang mengutamakan rupa paras berbanding bakat  seseorang pelakon.

“Saya pandang positif berkenaan kenyataan penerbit berkenaan, namun bagi saya bakat tetap nombor satu dan seterusnya adalah paras rupa.

“Malah, watak seseorang sebenarnya lagi penting daripada rupa paras seseorang. Hakikatnya, rupa hanya bonus, sebagai extra aksesori bagi seseorang pelakon itu. Peminat sekarang tidak lagi pandang pada rupa sangat kerana ada ramai model, selebriti dan pempengaruh dengan paras rupa menarik yang boleh kita lihat. 

“Bagi mereka, letaklah muka seelok mana pun, kalau lakonan kayu, tidak guna juga. Mungkin bagi selebriti, rupa itu penting kot sebab yalah kalau mereka ingin buat ‘live’ mestilah kena cantik. Kalau tak, orang takkan pandang.

“Namun perkara itu tidak sama kepada pelakon ya, sebab sebagai artis bakat itu lagi penting daripada rupa paras. Sebab  yang menjiwai sesuatu watak bagi filem dan drama memerlukan bakat yang luar biasa bukan rupa yang cantik!,” ujarnya. – Getaran, 8 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Yana Samsudin, Suami Timang Cahaya Mata Ketiga

2

Selebriti 11 bulan yang lalu

Aliff Syukri Tak Tahan Dimaki, Terpaksa Jujur Pasu Pecah Sekadar ‘Prank’

3

TARA 11 bulan yang lalu

Saya Minta Maaf, Alif Farhan Mengaku Bertanggungjawab Atas Pergaduhan Aliff Syukri Dengan Suami Yana Samsudin 

4

TARA 1 tahun yang lalu

Jarang Berlakon, Yana Samsudin Sibuk Dengan Komitmen Sebagai Duta Anggun Cotton Collection 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 18 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar