Nama Yana Samsudin pernah berada di puncak populariti satu ketika dahulu sebagai pelakon filem dan drama. Malah dia pernah mengganggam trofi Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012.
Namun, sejak kebelakangan ini, jarang kita lihat wajah Yana Samsudin di kaca televisyen mahupun di layar perak. Biarpun tidak muncul di dua platform seni berkenaan, tetapi wajah jelitanya jelas terpampang di sepanjang lebuhraya utara selatan memperagakan pakaian jenama Anggun Cotton Collection.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 39, sejak dilantik menjadi duta Anggun Cotton Collection tiga tahun lalu, dia lebih banyak memberikan komitmen buat jenama yang menjual baju kurung dan pakaian Muslimah itu.
“Ramai orang tanya mana Yana Samsudin? Kenapa lama tak berlakon? Sebenarnya untuk menjadi duta kepada satu produk, ianya memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Kita telah diberikan kepercayaan untuk menjadi wajah kepada sesuatu produk.
“Sebelum ini saya pernah menjadi duta produk kepada jenama lain. Ada yang lebih dari enam tahun. Jadi saya tahu apa yang ‘client’ nak. Kita perlu bersama-sama dengan mereka.
“Kita faham perit jerih nak berniaga ini sangat susah. Jadi bila mereka melabur untuk mengambil kita sebagai duta, kita merupakan salah seorang pekerja mereka.
“Kita kena anggap diri kita sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran. Kita adalah kaki tangan pemasaran mereka. Jadi kita kena bersama-sama dengan mereka,” katanya ketika ditemui di majlis sidang media Jelajah Suria Anggun Cotton Collection.
.jpg)
Ditanya apa yang membuatkannya menerima untuk menjadi duta kepada jenama ini, kata Yana prinsipnya adalah mahukan saham akhirat.
“Secara jujurnya, saya hanya akan pilih jadi duta produk jika ia membawa manfaat kepada agama dan akhirat saya selain tidak memudaratkan orang lain. Contohnya kalau produk itu tiada kelulusan KKM, saya tidak akan terima.
“Anggun Cotton Collection pula menjual baju kurung dan pakaian Muslimah. Dibangunkan oleh usahawan Muslim, Jadi kenapa tidak saya bersama-sama memajukan perniagaan mereka?
“Saya nampak mereka ikhlas nak membangunkan perniagaan ini kerana ‘dropship’ mereka sangat ramai. Ada lebih 46,000 di seluruh Malaysia. Mereka adalah golongan yang memerlukan duit sampingan. Bukannya peniaga yang ada kedai dan sebagainya. Saya lihat sistem itu sangat bagus. Sebab itulah saya bersama dengan jenama ini,” ujarnya.
Baju kurung adalah antara pakaian yang paling banyak di jual di pasaran tempatan, ditanya apakah kelebihan baju kurung dari jenama Anggun Cotton Collection berbanding jenama lain, kata Yana dia sukakan material dan sifat praktikal baju kurung rekaan jenama ini.
“Kali pertama saya cuba baju kurung dari Anggun Cotton Collection ini saya terus jatuh cinta kerana materialnya lain daripada yang lain. Seingat saya, kali terakhir saya pakai baju kurung kain ‘cotton’ adalah sewaktu tingkatan 6. Selalunya baju kurung dari material ini sangat keras dan akan membuatkan kita berpeluh dan berbau kurang menyenangkan.
“Tetapi baju kurung Anggun Cotton Collection sangat berbeza. Saya seakan tidak percaya bahawa teknologi material ‘cotton’ sekarang telah berubah. Saya ingat semua pasaran seperti itu, rupanya hanya jenama Anggun Cotton Collection saya punya kualiti material yang berbeza.

“Selain itu, potongan rekaan baju kurungnya kena dengan setiap bentuk tubuh. Saya pernah beli baju kurung dari jenama yang mahal, tetapi ahli keluarga saya semua kena ubah suai kerana potongan tidak kena. Tetapi baju kurung dari Anggun Cotton Collection ini ibarat anda tempah untuk badan sendiri.
“Satu lagi yang saya suka dengan jenama ini ialah pengasasnya mendengar luahan pelanggan. Contohnya jika ada yang mengadu sedang menyusukan anak, mereka terus keluarkan koleksi yang mesra ‘breastfeeding’. Kelebihan baju kurung mereka juga ialah zip di tangan yang dibuat sehingga paras siku untuk memudahkan para muslimah mengambil air wuduk,” kongsinya.

Sebagai duta, Yana akan turut serta dalam siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang akan menjelajah empat zon utama di seluruh Malaysia termasuklah Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan dan Petaling Jaya. Malah wajah Yana turut terpampang di bas rasmi Jelajah Suria.
Anggun Cotton Collection juga akan menjual koleksi istimewa khas sempena Jelajah Suria yang hanya akan boleh dibeli di empat lokasi Jelajah Suria kali ini. – Getaran, 11 Februari 2023