web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tampil Imej Berhijab Di Majlis Tayangan Perdana 'Cina Buta', Nad Zainal Minta Doa Yang Baik-Baik

Nad hadir ke tayangan perdana drama terbaru lakonannya iaitu 'Cinta Buta' dengan penampilan berhijab. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 8:53PM

Nad Zainal kini tampil dengan imej berhijab. - Gambar Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon terkenal, Nad Zainal meminta supaya orang ramai mendoakannya terus mengekalkan penampilan terbarunya yang berhijab. 

Nad hadir ke majlis tayangan perdana drama terbaru lakonannya yang bakal disiarkan di Astro Ria berjudul 'Cina Buta' pada Jumaat dengan berhijab penuh. 

Sebelum ini Nad telah memuat naik beberapa foto dan video dirinya yang dilihat telah memakai hijab termasuk sewaktu berkunjung ke Thailand bersama Ungku Ismail. 

Menurut Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal, 32, dia enggan terlalu bercerita mengenai penampilan terbarunya  

"Saya tak nak cakap banyak kalau boleh tak nak cerita pasal penampilan terbaru. Apa yang saya boleh katakan adalah doakan yang terbaik buat saya. 

“Sebenarnya saya masih ada tugas yang memerlukan saya tidak berhijab yang telah saya persetujui sebelum ini. Satu filem dan satu drama bersiri yang panjang," kongsinya. 

Ditanya sudah berapa lama dia menyimpan hasrat untuk berhijab, kata Nad keinginan itu sudah terbit di hatinya sejak dua tahun lalu. 

Melihat penampilannya yang berhijab, mungkin sesetengah pihak akan beranggapan bahawa sukar untuknya mendapatkan watak selepas ini. Namun kata Nad dia percaya kepada rezeki. 

“Untuk saya sendir,i saya rasa tak akan jadi masalah. Lagipun ramai sahaja pelakon yang berhijab masih mendapat watak yang bagus, contohnya seperti Noorkhiriah,” katanya. 

Barisan pelakon 'Cina Buta' di tayangan perdana drama berkenaan. - Gambar Helmi Anuar
Barisan pelakon 'Cina Buta' di tayangan perdana drama berkenaan. - Gambar Helmi Anuar

Bercerita mengenai drama 'Cina Buta', Nad memberitahu bahawa sangat puas dapat beraksi dalam drama ini di samping pelakon yang sudah lama dia ingin bekerjasama iaitu Ungku Ismail. 

"Sepanjang 13 tahun saya berada di dalam industri hiburan, ini adalah drama yang paling puas saya berlakon. Sebelum ini saya tak berapa gemar tengok drama lakonan sendiri.

“Tetapi, menerusi drama ini saya rasa tak sabar nak tengok setiap episod. Bila saya tengok drama ini, saya tak rasa macam tengok diri sendiri. Rasa macam tengok drama yang lain dan saya jatuh cinta dengan setiap watak dalam drama ini," katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish Berhijab Selepas Sering Hadiri Majlis Ilmu

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nad Zainal Dan Ungku Ismail Dituduh Sombong Ketika Ditegur Peminat, Ini Respon Tuan Punya Badan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...