web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Happy Covid Birthday Datuk Zainal – Penyanyi Lagu 'Hijau' Disahkan Positif Di Hari Ulang Tahun Kelahirannya Hari Ini

Isterinya, Datin Angelina Asmawi memberitahu, ini adalah kali pertama Zainal disahkan positif COVID-19 sepanjang virus ini mula menyerang dunia pada awal 2020.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2022 3:02PM

Zainal Abidin menyambut ulang tahun ke-62 hari ini dengan status 'positif COVID-19' - Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-62 barangkali akan menjadi satu memori yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila oleh penyanyi lagu 'Hijau' iaitu Datuk Zainal Abidin Mohamed. 

Ini kerana pada hari ulang tahun kelahirannya hari ini iaitu 4 November, Zainal menyambutnya dengan status 'positif COVID-19'.  Ini juga adalah jangkitan pertama yang dihidapi Zainal sepanjang virus ini mula menyerang dunia pada awal 2020. 

Isterinya, Datin Angelina Asmawi yang juga merangkap pengurusnya ketika dihubungi Getaran memberitahu, Zainal disahkan positif COVID-19 sejak semalam. 

“Sebetulnya, saya mula tidak sihat badan sejak beberapa hari lalu. Bila saya buat ujian keputusannya adalah negatif, tetapi baru semalam ia positif. 

“Saya tidak tahu daripada mana saya mendapat Covid ini kerana banyak tempat yang saya pergi sebelum ini. Tapi, Zainal pasti mendapatnya daripada saya,” katanya. 

Jelas Angelina lagi, sempena sambutan hari ulang tahun suaminya itu, pihak masjid di kawasan kediaman mereka ada melakukan kenduri doa selamat untuknya, malam semalam. 

“Tapi, saya minta dia jangan pergi sebab ramai orang tua-tua yang berada di sana. Saya tidak mahu dia menyebarkan virus itu kepada mereka pula. Dia  ikut nasihat saya dan tidak pergi,” katanya. 

Ungkap Angelina lagi, dia dan Zainal kini sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Hendak buat macam mana, terpaksalah dia (Zainal) duduk di rumah dan sambut ulang tahun kelahirannya di sini saja. 

“Memang ia akan menjadi sambutan ulang tahun kelahiran yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Mungkin, kami akan menyaksikan filem secara maraton sahaja,” katanya. – Getaran, 4 November 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN