web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KAU Boleh Ambil Nyawaku, Tetapi KAU Tidak Melakukannya, Terima Kasih Tuhan! – Ucap Roslan Aziz 

Pada sambutan hari ulang tahunnya yang ke-61 semalam, Roslan Aziz telah memuat naik hantara yang cukup menyentuh jiwa tentang bicara peribadinya dengan Tuhan Yang Maha Kuasa. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 10:34AM

Gambar FB Roslan Aziz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun doktor pernah menjangkakan bahawa tempoh hanya akan bertahan selama enam bulan dan beliau mungkin hanya akan dapat bertahan sehingga bulan Jun yang lalu  namun siapa yang mampu melawan kuasa dan keajaiban Allah SWT. 

Hingga saat ini, penerbit, jurutera bunyi tersohor, Roslan Aziz yang sebelum ini disahkan menghidap Kanser Limfoma atau kanser darah pada tahap keempat masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas dan menikmati kehidupan di dunia yang fana ini. 

Gambar FB Roslan Aziz
Gambar FB Roslan Aziz

Maka, pada sambutan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-61 semalam, Roslan telah memuat naik sebuah hantaran yang cukup menyentuh hati di FB miliknya. 

Dalam hantaran tersebut yang memuatkan bicara peribadinya dengan Tuhan Yang Maha Kuasa, Roslan telah menzahirkan rasa syukurnya kepada kerana telah diberikan kesempatan untuk hidup.  

“Tuhan, KAU tahu aku tidak layak mendapat pelepasan ini. Terima kasih kerana memberkati aku dengan satu lagi tahun kehidupan.  Terima Kasih kerana memberiku   peluang untuk memperbaiki diriku, badanku dan mindaku. 

“Aku sangat sangat sakit beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi KAU telah melihat aku melaluinya dan membawa keluargaku lebih dekat denganku walaupun kami tidak dapat bersama. Terima Kasih kerana membantu menyembuhkan badanku,” katanya. 

Pengasas dan penggerak label, Roslan Aziz Productions (RAP) ini juga turut memanjatkan syukur yang tidak terhingga kerana Tuhan telah memberkatinya dengan isteri yang hebat dan lima anak yang elok. 

Gambar FB Roslan Aziz
Gambar FB Roslan Aziz

“KAU berkati aku untuk membesarkan anak-anak dan telah memberikan aku alatan untuk menjadi ibu bapa yang baik. 

“Kau memudahkan aku untuk menjadi adventurous dengan apa yang aku cintai dan aku sangat bertuah dapat hidup untuk merasai KebesaranMU. 

“Maha Suci, kadang-kadang, aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan tetapi KAU membimbing aku dengan lembut untuk membuat keputusan yang betul dan semua yang aku ada adalah kerana rahmatMU dan izinkan aku  terus  menghambakan diriku pada Mu,” katanya. 

Dalam hantaran itu lagi, Roslan berkata lagi: 

“Pada ulang tahun ke-61 ini, aku merenung hidupku dan aku pasti memerlukan bimbinganMU dalam membina semula hidupku dan membolehkan aku  menjadi hambaMU yang rendah diri. 

“Aku tahu bahawa ketika aku sakit dan tidak berdaya, KAU boleh mengambil nyawaku, tetapi KAU tidak melakukannya. Terima kasih, Tuhan ...

“Izinkan aku memaafkan mereka yang telah menyakitiku pada masa lalu dan aku dengan rendah hati berharap semua orang hidup dapat hidup dengan harmoni antara satu sama lain dan berasa bahagia, sihat serta dapat menjalani kehidupan yang memuaskan,” katanya. 

Gambar FB Roslan Aziz
Gambar FB Roslan Aziz

Roslan juga turut berterima kasih kepada Tuhan kerana telah membantunya melalui saat-saat yang sukar dan memberikannya keberanian untuk berjuang keras untuk hidup sekalipun ketika itu dia lemah. 

Izinkan aku terus menggunakan bakat, tenaga dan sumber yang ada untuk mempertahankan apa yang seharusnya betul. Saat aku melalui satu tahun lagi, aku berharap dapat membuatMU bangga,” katanya. 

Sebelum mengakhiri luahan hatinya di dalam hantarann itu, Roslan berharap, dia akan terus diberikan kekuatan, kesabaran, kebijaksanaan dan keberanian untuk hidup. 

“Aku harap KAU akan terus mengawasiku  semasa aku  cuba hidup dan membuatMU bangga. Aku komited untuk membantu mereka yang memerlukan dan akan memberi lebih banyak daripada apa yang pernah kuberikan dulu. Tuhan yang Maha Mulia, Terima kasih Tuhan kerana membenarkan aku menyambut hari ulang tahunku ini. Dan, terima kasih kerana memberi peluang kepada aku untuk hidup. Allah, Tuhan Yang Mahah Mulia dan Maha Mengasihani,” katanya. 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Didiagnos Mengidap Kanser Limfoma

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN