web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Di Mana Yang Dikatakan Bida’ah? Umie Aida Jelaskan Aktiviti Yang Berlaku Di Festival Sunnah Muslimat 

Majlis Festival Sunnah Muslimat di Kedah yang berlangsung dari jam 12 tengahari hingga 2.30 petang tidak mempunyai penonton atau peserta lelaki. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2022 4:00PM

Umie Aida - Gambar Instagram Umie Aida

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penerbit dan pelakon filem, Datin Sri Umie Aida menerima dengan hati yang terbuka mengenai teguran yang dibuat berkenaan video artis yang dimuat naik di Festival Sunnah. 

Namun, pada masa yang sama, Umie Aida atau nama sebenarnya, Umie Khalsum Rahmad Ali turut mempersoalkan tuduhan bida’ah yang didakwa berlaku terhadap perjalanan aktiviti serta kegiatan festival tersebut. 

“Saya terima teguran dengan hati terbuka. Dan, di sini saya kongsikan sedikit rangka perjalanan majlis Festival Sunnah Muslimat di Kedah.

“Majlis bermula pukul 12 tengahari dan berakhir pada 2.30 petang Jumaat. Tidak ada lelaki sepanjang majlis berlangsung, baik di dalam mahupun di luar stadium.

“Kami mulakan majlis dengan bacaan Asma Ul Husna, diikuti dengan bacaan Yassin oleh Ustazah Nawiah Abu disusuli dengan Maulid, Qasidah, bacaan ayat Al Quran serta selawat. 

“Antara lirik qasidah adalah puji-pujian pada Allah SWT, kisah Rasulullah SAW dan selawat. Dan lirik qasidah ditulis ulama-ulama terdahulu .

“Ia penuh kecintaan pada Allah dan Rasulullah dan kerinduan yang mendalam. Bukan satu nyanyian kosong yang boleh melalaikan. Tausiah pula disampaikan Ustazah Fatimah Iksir

“Di mana bida'ah yang dikatakan. Mohon hati-hati dalam lisan kita semua,” katanya. 

Umie juga menjelaskan bahawa dia sangat berhati-hati untuk tidak memuat naik sebarang hantaran sahabat-sahabat yang berniqab, baik daripada kumpulan hadrah mahu pun penonton yang hadir. 

Bahkan, Umie juga memberitahu bahawa artis sepertinya yang baru berhijrah mempunyai banyak kelemahannya. 

“Saya seperti bayi yang baru nak merangkak. Pendosa yang mencari redaNya Allah SWT. Dan akan menyebarkan kebaikan. In Sha Allah untuk golongan pendosa seperti saya untuk berhijrah.

"Dakwah juga ada sunnah. Bil Hikmah. Kesyahidan anda menyebabkan orang yang baru berhijrah seperti saya menjadi takut untuk mendekati insan-insan "masturat" seperti anda.

“Mudahnya meletakkan bathil. Mudah juga menjadi penghukum yang tidak mudah ialah  berdakwah dengan santun. 

“Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya dan RedhoNya Allah SWT. Saya mohon maaf atas kata-kata saya dan semoga sama-sama kita berpegangan tangan dalam satu tujuan kejalanNya dan sebarkan dengan kasih sayang,” katanya. – Getaran, 25 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Rasulullah, Kami Mencintaimu

2

TARA 3 tahun yang lalu

Lebih 80,000 Hadir Malam Cinta Rasul Di Dataran Sejarah Ayer Keroh

3

TARA 4 tahun yang lalu

10 Selebriti Popular Bergelar Hajah

4

TARA 4 tahun yang lalu

Kisah Gua Hira’, Semangat Dan Perhubungan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa