web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 80,000 Hadir Malam Cinta Rasul Di Dataran Sejarah Ayer Keroh

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2022 8:02AM

Lebih 80,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah malam tadi - Gambar Facebook Sulaiman Md Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Lebih 80,000 pengunjung menghadiri Malam Cinta Rasul Melaka Serambi Madinah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Perbandaran Hang Tuah Jaya ke-13 di Dataran Sejarah Ayer Keroh, di sini malam tadi.

Majlis yang bermula pada 9 malam itu turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari dan barisan Exco.

Turut hadir Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Shadan Othman.

Umat Islam di negeri ini yang mula membanjiri Dataran Sejarah Ayer Keroh pada 5 petang semalam, disajikan dengan tayangan montaj dan bacaan Ratib al-Attas serta Asma'ul Husna.

Pengunjung kemudiannya menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di padang dataran berkenaan yang diimamkan Ustaz Abdul Karim Al-Makki, diikuti dengan Zikir Munajat bersama jemaah dan penceramah yang hadir.

Pada majlis itu turut diadakan bacaan maulid dan qasidah oleh Ustaz Al Habib Syech Abdul Qodir Assegaf disusuli penyampaian tausiyah oleh Ustaz Wadi Annuar.

Majlis berkenaan diakhiri dengan Mahallul Qiyam dan doa khatam. - Bernama

Isu Pada

Tabitha Lam Impian, Keyakinan Diri, Kuasa Dolla!

31 Dec 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Di Mana Yang Dikatakan Bida’ah? Umie Aida Jelaskan Aktiviti Yang Berlaku Di Festival Sunnah Muslimat 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa