Berita Terkini

8 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kisah Gua Hira’, Semangat Dan Perhubungan

Penulis undangan kami Firdaus Mokhtar berkongsi secebis kisah kehidupan buat renungan semua.

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2022 5:32PM

Gambar Hiasan, AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Berapa orang trip malam ni?” Saya tanya ke kawan saya, dia ketua jemaah umrah di Mekah ni.

“Adalah sembilan orang,” dia jawab sambil senyum. Daripada berpuluh jemaah, ini sahaja yang nak ikut sama.

Yalah, nak daki Jabal Nur yang di puncaknya ada Gua Hira’ ni tak mudah. Tingginya sekitar 270 meter dan dah dimudahkan dengan adanya tangga. 600 anak tangga juga katanya.

“Ha, Bismillah. Yang nak naik silakanlah. Good luck!” Fuh, siap good luck kawan saya ni bagi.

Pukul 10:40 malam kami mula mendaki. Mujurlah malam, cuaca dah sejuk. Angin pun kuat. Eloklah, tak berapa berpeluh sangat.

Disebabkan dah lama tak bersenam, lebih 10 kali saya berhenti ambil nafas. Berhenti dalam beberapa saat, sambung mendaki lagi.

Dalam masa yang sama, bercerita tentang bagaimana Rasulullah SAW dulu daki bukit ini. Masa itu lagilah tak ada tangga. Yang ada cuma bukit dengan batu-batu kasar dan besar. 

Naik tinggi lagi, rasa nak berhenti separuh jalan. Teringat pula ustaz sebut tentang isteri Rasulullah SAW. Ummul Mukminin Khadijah RA yang ‘berkhidmat’ kepada Nabi SAW. Hantarkan makanan buat baginda di situ.

“Hajj, hajj! Malaysia boleh!” Inilah kata-kata semangat tambahan sepanjang pendakian. Ada pakcik-pakcik Pakistan yang memang tidur di atas sana.

Sambil baring tu, dia letak kopiah dia terlentang, minta sumbangan. Banyak juga duit RM1 dalam tu. Kalau kita letak dekat situ, dia ulang lagi, “Malaysia Boleh! Malaysia Boleh!”

21 minit tepat pendakian, saya sampai ke puncak. Nampak dah Gua Hira’ tempat sejarah wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW dulu. Masa tu baru saya nampak, punyalah ramai orang.

Dalam yang berkumpul tu, ramai juga rupanya pakcik dan makcik yang dah berusia siap bertongkat. Rambut putih beruban dah. Gigih betul. Mujur saya tak patah balik tadi.  Kalau tak, kalah awallah.

Atas tu, dengan angin yang sejuk, saya dan kawan yang mendaki sama tadi menangis. Mengalir air mata bukan sebab penat. Tapi mengenang betapa besarnya pengajaran yang Allah SWT beri di puncak Jabal Nur.

1. Nabi SAW bersungguh mengasingkan diri daripada kerosakan yang ada di tengah masyarakat waktu itu. Macam-macam amalan khurafat berada di sekeliling Kaabah dan itu membuatkan Nabi sedih.

Jadi untuk tidak melihat semua itu, Nabi naik ke Gua Hira’. Jauh dan tinggi. Tapi dari sini Nabi masih boleh melihat ke Kaabah. Dalam Gua Hira’ ada lubang yang pandangannya terus ke arah Kaabah.

Maka sempurnalah kerinduan Rasulullah melihat Kaabah tanpa dapat melihat kerosakan yang ada di sekitarnya. 

2. Kesetiaan isteri Nabi yang tercinta untuk membantu suami. Bukan dekat-dekat. Dari tapak rumah Nabi dan Saidatina Khadijah yang berada dekat dengan Kaabah ke Jabal Nur ini jauh.

Kena mendaki pula ke atas untuk bawa makanan untuk suami. Dari sini juga Nabi balik selepas didatangi malaikat Jibril, menggigil ketakutan. Itu pun Saidatina Khadijah membantu Rasulullah SAW sehabis baik. 

Benarkan, dalam kejayaan suami itu ada isteri yang kuat memberi sokongan di belakangnya?

Penulis di Jabal Nur.
Penulis di Jabal Nur.

Dalam 30 minit di atas sana, kami turun semula ke bawah. Pun tak mudah rupanya. Nampak pula kawasan cerun dan tangga yang curam. Ngeri juga.

Sambil turun tu, kisah Rasulullah dan Saidatina Khadijah tak lepas untuk kami sebut berulang-ulang kali.

Terima kasih Allah SAW, beri peluang untuk kami sampai ke sini. Mengambil banyaknya iktibar dan keberkatan. - Getaran, 1 Mei 2022


 

Isu Pada

Syawal Terindah Nur Fazura

30 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 6 bulan yang lalu

Rasulullah, Kami Mencintaimu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

UMNO Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembakaran Al-Quran Di Sweden

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Satu Daripada Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Dipamerkan Di Paris

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Di Mana Yang Dikatakan Bida’ah? Umie Aida Jelaskan Aktiviti Yang Berlaku Di Festival Sunnah Muslimat 

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan