web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Satu Daripada Manuskrip Al-Quran Tertua Di Dunia Dipamerkan Di Paris

Dua muka surat daripada manuskrip berusia berabad-abad akan dipamerkan dalam pameran “Treasures of the Oases Uzbekistan. At the Crossroads of Caravan Routes”, yang akan diadakan di Louvre dari 23 November hingga 6 Mac 2023.

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 10:06PM

Al-Quran Kattalangar abad kelapan itu merupakan antara manuskrip terpenting dunia Islam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Salah satu manuskrip al-Quran tertua di dunia, al-Quran Kattalanggar akan dipamerkan di Paris akhir bulan ini dan didedikasi buat Uzbekistan.

Dua muka surat daripada manuskrip berusia berabad-abad akan dipamerkan dalam pameran “Treasures of the Oases Uzbekistan. At the Crossroads of Caravan Routes”, yang akan diadakan di Louvre dari 23 November hingga 6 Mac 2023.

Satu lagi pameran, “On the Road to Samarkand. Colors and Splendours of Uzbekistan”, akan diadakan di Institut Dunia Arab dari 23 November hingga 4 Jun 2023.

Menurut kenyataan yang diterima Bernama daripada kedutaan Uzbekistan, Al-Quran Kattalangar abad kelapan itu merupakan antara manuskrip terpenting dunia Islam.

Al-Quran Kattalangar mempunyai nilai signifikan yang besar bagi Islam dan Muslim, dengan ia menunjukkan nilai-nilai yang membentuk warisan budaya dan sejarah tamadun manusia, menurut kenyataan itu.

Al-Quran itu berada di masjid Langar-ota di daerah Kamashi di wilayah Kashkadarya untuk tempoh masa yang lama.

Dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai satu daripada Mushaf paling kuno.

Ahli arkeologi di Muzium Louvre dan kurator pameran itu, Rocco Rante dipetik sebagai berkata adalah amat penting untuk memasukkan Al-Quran Kattalangar dalam senarai barang pameran
Ahli arkeologi di Muzium Louvre dan kurator pameran itu, Rocco Rante dipetik sebagai berkata adalah amat penting untuk memasukkan Al-Quran Kattalangar dalam senarai barang pameran

Ahli arkeologi di Muzium Louvre dan kurator pameran itu, Rocco Rante dipetik sebagai berkata adalah amat penting untuk memasukkan Al-Quran Kattalangar dalam senarai barang pameran.

“Pengunjung dapat melihat seni khat dan miniatur unik yang terkandung, dan al-Quran itu akan dipamerkan dalam sebuah kotak yang direka khas,” katanya.

Pameran "Treasures of the Oases of Uzbekistan. At the Crossroads of Caravan Routes” juga akan memperincikan sejarah Laluan Sutera, dari bahagian selatan Uzbekistan masa kini.

 Ia akan mempamerkan elemen seni monumental dan kuda-kuda, lukisan dinding, butiran ukiran istana dan objek seni dan kraf.

Sementara itu, pameran “On the Road to Samarkand. Colors and Splendours of Uzbekistan” akan memperlihatkan lebih 300 pameran daripada sembilan muzium di Uzbekistan.

Ia merangkumi koleksi tekstil, pakaian, alas kaki dan penutup kepala, barang kemas pada akhir abad ke-19 - pertengahan abad ke-20, chapan (sejenis pakaian) bersulam emas dari zaman Emirat Bukhara, termasuk lukisan avant-garde Turkestan daripada koleksi muzium negara Uzbekistan.

 “Proses pemulihan turut dijalankan ke atas patung Buddha "Garland Bearer" (abad ke-1 SM dan abad ke-1 Masihi) - permukaannya telah dibersihkan, dan bahagian yang rosak disatukan.

“Sejak tiga tahun lalu, persediaan rapi untuk pameran itu telah dijalankan.

“Beberapa ekspedisi antara Uzbekistan-Perancis membawa kepada banyak penemuan arkeologi.

“Tambahan pula, pakar pemulih dari Louvre termasuk dari Uzbekistan menjalankan kerja-kerja pemulihan berskala besar dalam beberapa peringkat, manakala proses pemulihan beberapa artifak masih diteruskan sehingga hari ini,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lawatan Ke 3 Negara Asia Tengah Berjaya Jana Pelaburan Lebih RM2.1 Bilion - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Anugerah MTV Dibatalkan, Hormati Situasi Di Gaza

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 14 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN