web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO Kutuk Sekeras-Kerasnya Pembakaran Al-Quran Di Sweden

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 6:27PM

Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut Islam di seluruh dunia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan seorang ahli politik  pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm baru-baru ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata dalam satu kenyataan tanpa mengambil kira apakah niat sebenar pelaku, perbuatan keji Paludan adalah suatu provokasi jelas dan amat tidak menghormati masyarakat penganut Islam di seluruh dunia.

“Paludan juga dengan ketara telah menyalahgunakan hak kebebasan bersuara dan ketika melakukannya beliau telah menjejaskan semangat kewujudan bersama secara aman dalam sebuah dunia yang mempunyai kepelbagaian agama. 

UMNO menggesa Kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan yang sepatutnya terhadap kebencian terhadap Islam yang dahsyat ini,” kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu Majlis Ulama UMNO turut mengecam sekeras-kerasnya tindakan Paludan yang disifatkan sebagai ekstrem dan Islamofobik serta satu penghinaan terhadap agama Islam.

Pengerusi Majlis Ulama UMNO Datuk Dusuki Ahmad berkata penghinaan terhadap mana-mana agama jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka.

Dusuki berkata tindakan melampau Paludan boleh menyuburkan lagi emosi kebencian sesama manusia dan merobek keamanan bermasyarakat selain boleh mencetuskan tindakan provokasi dan tindak balas termasuk keganasan.

Justeru, beliau menuntut agar Kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dan masyarakat antarabangsa di atas kegagalan membendung kejadian itu berlaku di negara itu.

“(Majlis Ulama UMNO juga) menyeru para ulama dan umat Islam supaya terus mendoakan agar kebenaran Islam akan terus terserlah di seluruh dunia dan memberikan keselamatan kepada penganutnya di mana sahaja mereka berada,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad