web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rasulullah, Kami Mencintaimu

Mencintai Rasulullah SAW adalah manifestasi kecintaan kita kepada Allah SWT

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2023 2:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rasulullah SAW merupakan utusan Allah SWT yang menjadi penutup bagi sekalian anbiya’. Sepanjang hayat baginda, kesemuanya dicurahkan demi menyampaikan Islam dan mendidik umat manusia. Malah baginda sangat mengambil berat dan mencintai umatnya meskipun pernah dihina dan diusir pada ketika itu. Oleh itu, mencintai Rasulullah SAW adalah manifestasi kecintaan kita kepada Allah SWT. Hal ini ditegaskan dalam al-Quran sebagainya firmanNya:

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu  serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Ali Imran 3:31)

Menurut Ibn Khatir RA, ayat ini merupakan penilaian setiap orang yang mengakui dirinya cinta kepada Allah, sedangkan kehidupannya bukan pada jalan yang telah dirintis oleh Nabi Muhammad SAW, sesungguhnya dia adalah orang yang dusta dalam pengakuannya, Oleh itu, hendaklah dia mengikuti syariat Nabi SAW dan agama yang dibawanya dalam semua ucapan dan perbuatannya.

Dalam suatu hadis, Anas bin Malik menceritakan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ

Maksudnya: “Tidaklah beriman seseorang di antara kalian, sehingga aku lebih ia cintai dari keluarganya, hartanya, dan dari semua manusia.”

(Riwayat Muslim)

Kasih dan cinta kepada Nabi SAW hendaklah diposisikan pada tempat yang tertinggi sebagaimana hadis yang telah dinyatakan tadi. Seseorang yang mengasihi baginda melebihi daripada segala apa yang dia miliki, maka itu merupakan tanda kesempurnaan iman. Hal ini dapat dilihat dalam kisah hidup para sahabat baginda SAW apabila mereka sanggup menggadaikan apa sahaja demi mempertahankan diri Nabi SAW dan Islam.

Dalam peristiwa peperangan Tabuk, umat Islam telah berhadapan dengan tentera Rom yang merupakan kerajaan terkuat di atas muka bumi pada ketika itu, dan memerlukan kepada persediaan dan dana yang tinggi. Saidina Abu Bakar RA telah mendermakan kesemua harta yang dimiliki. Apabila ditanya oleh Rasulullah SAW apakah yang ditinggalkan kepada isteri dan anak-anak beliau, lantas beliau berkata: “Aku tinggalkan kepada mereka Allah dan juga Rasul.”

Begitu juga tindakan berani yang dilakukan Saidina Ali bin Abi Talib sanggup menggadaikan dirinya dengan mengambil tempat tidur baginda ketika peristiwa hijrah. Semua ini terangkum dalam lipatan sejarah Islam yang menyaksikan pengorbanan yang luar biasa yang ditonjolkan oleh para sahabat.

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa mencintai Rasulullah dapat dilakukan dengan dua cara.

1. Meneladani sikap dan perilaku baginda serta taat kepada perintah baginda. Allah telah menjelaskan bahawa Rasulullah adalah suri teladan yang baik bagi umat manusia. Justeru, kita wajib melaksanakan perintah dan menjauhi larangan baginda.

2. Hendaklah selalu mengingati dan merindui baginda. Orang yang merindukan Rasulullah akan selalu berusaha mengerjakan amalan-amalan yang baginda pamerkan agar kelak mendapat syafaat baginda.

 Akhir kalam, perbanyakanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan melazimi perilaku baginda kerana kesemua itu akan mendekatkan diri kita kepada baginda di samping mendapat sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT. - Getaran, 28 September 2023

Sumber: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Salah Kendali, Simpan Daging Korban Undang Risiko Kesihatan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Melontar Jamrah Didik Jemaah Tundukkan Ego, Utamakan Kepentingan Orang Lain

3

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Arafah Ruang Umat Islam Perbanyak Doa, Zikir Dan Muhasabah Diri

4

Refleksi 1 bulan yang lalu

Obesiti & Kerintangan Insulin: "Bom Jangka" Masalah Kesihatan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 13 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN