web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sangeeta Pilih Hidangan Vegetarian Sempena Deepavali

Masakan Deepavali Sangeeta diinspirasikan daripada juadah berasaskan tumbuhan yang ditemuinya ketika melancong ke luar negara.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2022 3:00PM

Sangeeta Krishnasamy menyediakan juadah istimewa Deepavali dengan makanan berasaskan sayuran. - Gambar dari Instagram Brriyan John

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah lama mengamalkan gaya hidup vegetarian, pelakon jelita Sangeeta Krishnasamy bakal meneruskan tradisi turun-temurun keluarga untuk menyediakan juadah istimewa Deepavali dengan makanan berasaskan sayuran.

Selepas dua tahun pandemik, pelakon filem Juang itu teruja untuk berkumpul bersama-sama keluarga meraikan Pesta Cahaya dengan pelbagai juadah bawaan di rumah saudaranya di Ampang, Selangor.

“Dalam fahaman keluarga saya, sejak kecil kami merasakan tidak patut bunuh haiwan semasa Deepavali. Ini kerana, Deepavali adalah perayaan meraikan kebaikan yang mengalahkan kejahatan. Jika makan haiwan semasa Deepavali, ia macam bercanggah dengan prinsip itu.

“Sudah menjadi tradisi keluarga kami untuk buat pot luck setiap tahun sejak dari zaman nenek lagi. Hidangan kami selalunya masakan vegetarian memandangkan separuh daripada kami memang tidak makan daging,” katanya ketika ditemui Getaran di Vege Fest 2022 baru-baru ini.

Ditanya apakah juadah yang bakal diperkenalkan kepada keluarganya tahun ini, gadis itu tersenyum manis sebelum mendedahkan akan menghasilkan hidangan yang diinspirasikan daripada juadah vegetarian yang ditemuinya semasa melancong ke luar negara.

Sangeeta Krishnasamy - Gambar fail
Sangeeta Krishnasamy - Gambar fail

“Baru-baru ini, saya ke Bali dan Bangkok. Rupanya di sana sudah banyak inovasi masakan vegetarian. Bayangkan Nasi Padang versi vegetarian lengkap dengan sambal dan kacang botol, memang sedap.

“Manakala di Bangkok pula ada satu kuih yang intinya kerisik kelapa. Jadi untuk pot luck tahun ini, saya tidak buat murukku. Tetapi saya akan bawa hidangan vegetarian yang saya jumpa di kedua-dua negara ini. Kejutan sikit untuk semua nanti,” katanya. 

Tidak sekadar menjalani gaya hidup seorang vegetarian, Sanggeta turut dilihat aktif mempromosikan kesedaran penjagaan alam sekitar di media sosial rasmi miliknya. 

“Betul, saya memang aktif memberi kesedaran pemeliharaan alam sekitar. Bila sudah bergelar pelakon dan mempunyai platform, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi tentang krisis yang berlaku pada hari ini. 

“Kita sudah berada di suatu keadaan di mana sering banjir, taufan serta lautan yang dipenuhi plastik. Sempena Deepavali ini, saya yakin ramai yang keluar beli-belah. Bawalah beg sendiri. Jika mahu beli makanan di luar, bawalah bekas sendiri,” pesannya menutup temu ramah. - 24 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Gunakan Deepavali Untuk Semai Perpaduan, Santuni Yang Memerlukan - PM

2

Rencana 9 bulan yang lalu

Deepavali; Cahaya Yang Kita Pilih

3

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM, Isteri Tiba Di Riyadh, Mohon Maaf Tak Dapat Bersama Raikan Deepavali

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas