web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sejak Zaman Sekolah, Siti Nurhaliza Gemar Bersukan, Penyanyi Ini Turut Dedah Sukan Kegemarannya 

Penyanyi tersohor negara ini juga mengakui sedang giat jalani latihan muay thai demi persiapan konsertnya November ini.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2022 6:01PM

Siti Nurhaliza bakal mengadakan persembahan amal khas anjuran Yayasan Nurjiwa di Dewan Plenary, KLCC pada 5 dan 6 November ini. - Gambar fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam usaha untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatan tubuh badan mereka. 

Begitu juga dengan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza. Buktinya Siti telah pun giat melakukan latihan Muay Thai sebagai persiapan untuk menjayakan konsert The Music of the Soul: An Evening with Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Konsert tersebut adalah sebuah persembahan amal khas anjuran Yayasan Nurjiwa yang bakal diadakan di Dewan Plenary, KLCC pada 5 dan 6 November ini. 

Jelas Siti lagi, sejak di zaman sekolah lagi, dia memang sentiasa aktif bersukan dan sentiasa menyertai pertandingan suka berpasukan. 

“Sukan badminton, bola jaring dan bola tangan adalah antara yang saya gemari. Saya juga aktif dengan sukan balapan. Aktiviti-aktiviti sukan ini mampu kekalkan diri saya dalam keadaan yang bertenaga dan segar,” katanya. 

Menurut Siti lagi, selepas mula menyertai industri seni, dia tetap tidak lupa untuk beriadah dan bersukan. 

“Saya akan pastikan saya bersenam, walaupun ia senaman yang ringkas. Kalau tak buat treadmill, saya akan buat kerja-kerja lain. 

“Yang penting, kita dapat berpeluh dan bila berpeluh, darah kita akan jalan dan itu yang akan membuatkan badan saya sihat dan bertenaga sepanjang hari dan minda saya juga cergas. Jika tak buat, saya akan rasa sakit dan malas.  Nak fikir apa pun terasa blur,” katanya. 

Dalam pada itu, dia mengakui, menjaga pemakanan sangat penting. 

“Kalau hendak diikutkan saya memang pencinta makan. Saya suka makan dan tidak dapat lari daripada menikmati makanan yang sedap-sedap. 

“Tapi, oleh kerana memikirkan saya perlu jaga kesihatan saya dan tidak mahu berat badan saya melebihi, saya kena berpada-pada sewaktu makan dan lepas makan juga bersenam,” katanya. – Getaran, 21 Oktober 2022 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN