web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jang Wonyoung IVE Dikecam Kerana Pakai Baju Musim Lama, Miu Miu Akhirnya Bagi Respon

Oleh kerana dia menghadiri Minggu Fesyen Paris, maka peminatnya lebih tertumpu kepada stail pemakaiannya itu dan cuba mencari lebih maklumat mengenai baju yang dipakainya pada acara tersebut.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2022 8:15AM

Jang Wonyoung dituduh membeli pakaian secara terpakai.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awal bulan Oktober lalu, salah seorang anggota kumpulan IVE iaitu Jang Wonyoung telah dilihat menghadiri persembahan fesyen Miu Miu Spring Summer 2022 di Minggu Fesyen Paris bersama YoonA daripada Girls’ Generation.

Kemunculan Jang Wonyoung telah menarik perhatian ramai kerana dia tampil cantik persis patung seperti mana kebiasaannya.

Menurut laporan kpopstarz.com, Jang Wonyoung mengenakan top cardigan navy Miu Miu yang mempunyai poket kontras dan butang berwarna emas yang mana dia adalah duta kepada jenama fesyen tersebut. Baju itu dipadankan dengan denim pendek low rise cut pendek bersama tali pinggang.

Oleh kerana dia menghadiri Minggu Fesyen Paris, maka peminatnya lebih tertumpu kepada stail pemakaiannya itu dan cuba mencari lebih maklumat mengenai baju yang dipakainya pada acara tersebut.

Menerusi pencarian tersebut, netizen mendapati Jang Wonyoung telah mengenakan pakaian yang kelihatan serupa dengan apa yang pernah dipakainya pada acara koleksi Miu Miu Spring Summer 2020.

Lantaran itu, Jang Wonyoung telah dikecam hebat kerana dikatakan mengitar pakaian yang sama beberapa tahun lalu.

Bukan itu sahaja, malah Sojang yang juga seorang Youtuber terkenal yang terkenal dengan khabar angin berniat jahat, menuduh penyanyi “After Like” itu membeli pakaiannya secara terpakai.

Selepas Sojang memuat naik tuduhannya itu menerusi sebuah video, netizen mula mempersoalkan spekulasi tentang kesahihan jemputannya menghadiri persembahan fesyen tersebut.

Sebagai duta Miu Miu mereka tertanya-tanya mengapa Jang Wonyoung tidak mengenakan koleksi baharu jenama tersebut dan tidak kurang juga yang menuduhnya membayar untuk menghadiri acara tersebut.

Ia juga membuat orang lain tertanya-tanya mengapa Jang Wonyoung tidak memakai pakaian dari koleksi terbaru Miu Miu, dan kesahihan jemputannya ke acara itu seperti yang dipersoalkan.

Selepas timbulnya pelbagai spekulasi, Miu Miu akhirnya telah menjawab dakwaan tentang pakaian Jan Wonyoung.

Miu Miu mendedahkan bahawa baju yang dipakai oleh Jang Wonyoung adalah item terbaharu mereka yang belum dilancarkan lagi yang mana ia adalah sebahagian daripada koleksi mereka yang akan diumumkan pada bulan lepas. - Getaran, 19 Oktober 2022

Sumber: kpopstarz.com

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

ADUN PAS Terengganu Dikecam Cela Menu Rahmah, ‘Ni Ha… Kuah Air Oren’

2

Politik 3 tahun yang lalu

Berpolitik Ketika Bencana, Hadi Awang Terima Kecaman 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Busana Deepika Padukone Sewaktu Muncul Di Final Piala Dunia Qatar Dikecam Netizen

4

TARA 3 tahun yang lalu

Saya Tak Salah Sebut Nama - Fikry Dikecam Hebat Bila Disangka Silap Umum Pemenang Dewi Remaja

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 22 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN