web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ADUN PAS Terengganu Dikecam Cela Menu Rahmah, ‘Ni Ha… Kuah Air Oren’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 5:56PM

Aksi Hanafiah Mat dikecam netizen selepas memuatnaik video yang didakwa mencela Menu Rahmah di TikTok. - Gambar tangkap layar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat dikecam netizen selepas memuatnaik video yang didakwa mencela Menu Rahmah di TikTok.

Dalam video berdurasi sepanjang 18 saat itu memaparkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkenaan merungut berkaitan lauk yang disediakan dalam Menu Rahmah di sebuah restoran.

“Ikan seekor, sayur dua butir, kuah tak ada pula. Ha…ini kuah dia aku bubuh.

“Ni ha…kuah dia air oren. Baru rasa nasi sikit,” katanya dalam loghat Terengganu sambil menyuap makanan ke mulutnya.

Tindakan ADUN PAS itu bukan sahaja dikecam netizen bahkan ahli politik termasuk Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil yang menyifatkan tindakannya menghina rezeki sebagai perbuatan keji dan tidak berakhlak.

Sementara itu, Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Abd Rahman pula menyifatkan tindakan tersebut sebagai memalukan.

“Ramai orang susah mendapat manfaat dari Menu Rahmah. Bukan semua bergaji besar seperti YB (Yang Berhormat), Exco dan boleh makan di tempat yang mewah.

“Kalau tidak setuju pun, tiada keperluan untuk merendahkan martabat orang susah dengan meremehkan makanan mereka,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Seorang pengguna Twitter, Afif Asyran (@affasyrn) berkata, tidak salah untuk berbeza pendapat dengan kerajaan Persekutuan termasuk dalam isu Menu Rahmah. 

Jelasnya, semua pihak bebas memberi pendapat tetapi janganlah sampai mencela rezeki dengan cara begitu.

“Mungkin tidak kena dengan tekak anda, tapi menu ini sekurang-kurangnya mampu mengenyangkan perut yang kelaparan,” katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan tinjauan Getaran di TikTok milik Hanafiah yang menggunakan nama @hajihanafiahmat, video tersebut dipercayai sudah pun diturunkan olehnya.

Setakat ini, tiada kenyataan dikeluarkan oleh ADUN berkenaan di mana-mana platform media sosial miliknya selepas dikecam hebat netizen dan pemimpin politik. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Kos Sara Hidup Terus Jadi Tumpuan Kerajaan - Rafizi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

4,000 Mahasiswa Terima Manfaat, Hampir Semua Kafeteria UMT Laksana Menu Rahmah

4

TARA 3 tahun yang lalu

Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad