Berita Terkini

14 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menu Rahmah Satukan Semua, Tidak Kira Latar Belakang Ekonomi

TARA Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2023 7:25PM

Menu Rahmah disifatkan sebagai satu usaha menterjemah suara hati rakyat yang kebanyakannya sedang berdepan masa sukar. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mungkin sesetengah daripada kita melihat nilai RM5 itu tidak sebesar mana, namun bagi Low Ah Heng, harkat tersebut cukup bermakna dalam membantunya meneruskan kelangsungan hidup yang kini dihimpit oleh kenaikan kos.  

Dia yang merupakan jiran penulis sejak 10 tahun lepas, mengakui inisiatif Menu Rahmah yang dilaksanakan kerajaan sejak 31 Jan lepas, sangat membantu golongan B40 sepertinya, bukan sahaja bagi menikmati makanan pada harga murah, iaitu RM5, tetapi juga seimbang.

Bekerja sebagai pemandu e-panggilan, duda tiga anak itu berkata dengan pendapatan sekitar RM2,000 sebulan, itupun tidak menentu, dia terikat dengan pelbagai perbelanjaan termasuk kos penjagaan ibunya yang uzur di rumah.

“Ada yang bagi pandangan, jika mahu jimat masak di rumah dan bawa bekal. Akan tetapi bagi saya, langkah itu agak renyah sebab awal pagi lagi saya sudah sibuk sediakan keperluan emak sebelum keluar bekerja, jadi memang tidak sempat,” kongsi anak jati Kuala Lumpur itu dengan penulis baru-baru ini. 

Menurutnya, sebelum Menu Rahmah diperkenalkan, dia membelanjakan sekitar RM20 untuk membeli makanan yang lengkap dengan lauk ayam atau ikan berserta sayur untuk dia dan ibunya.

“Sejak ada Menu Rahmah ini, saya hanya membelanjakan RM10 untuk kami berdua, dan hidangan juga lengkap,” ujarnya, menambah nilai tersebut amat berbaloi buat dirinya, terutama ketika “tengah-tengah bulan”.

UNTUK SEMUA

Dalam pada itu, dia yang mahu disapa sebagai Ah Heng, turut menyatakan rasa terperanjat apabila mendapati menu tersebut ditawarkan oleh restoran bangsa lain memandangkan selama ini dia menganggap Menu Rahmah hanya disediakan oleh pengusaha  Melayu. 

“Sekarang tidak susah nak jumpa menu ini. Kedai mamak atau Cina juga menyediakan Menu Rahmah,” katanya.

Pemerhatian penulis mendapati kebanyakan pengusaha makanan di kawasan petempatan kami di Selayang, tidak kira gerai di tepi jalan atau premis kekal, menjual Menu Rahmah, merangkumi masakan Melayu dan Thailand. Malah, kedai berkonsepkan kopitiam juga tidak ketinggalan menawarkan menu itu.

Menu Rahmah dilancarkan pada 31 januari lepas dan mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum.
Menu Rahmah dilancarkan pada 31 januari lepas dan mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum.

Hakikatnya, penyertaan Menu Rahmah ini membabitkan pengusaha pelbagai kaum, sekali gus menyanggah dakwaan segelintir pihak bahawa program itu tidak mendapat sambutan daripada peniaga makanan bukan Melayu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub dilapor menegaskan inisiatif yang dilancarkan pada 31 januari lepas itu mendapat sokongan masyarakat berbilang kaum.

“Tidak benar (program tidak dapat sambutan daripada pengusaha bukan Melayu) kerana ketika idea Menu Rahmah ini dicadangkan, yang pertama tampil adalah persatuan peniaga India Muslim, kedai makan kaum India dan pengusaha restoran tomyam.

“Jadi, tidak ada isu program Menu Rahmah ini tidak mendapat sokongan kaum selain Melayu. Janganlah kita jadikan perkara ini sebagai isu kaum, sebaliknya amalkan konsep Rahmah for all,” kata Salahuddin, dipetik oleh media.

Malah, kata Menteri itu,  persatuan peniaga kaum Cina juga mahu menjayakan Menu Rahmah bagi memperluas manfaat yang diterima oleh rakyat.

RAIKAN PERBEZAAN

Mengulas polemik Menu Rahmah hanya disertai oleh kaum Melayu, pensyarah kanan di Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya Mejar Dr Syed Abdul Razak Sayed Mahadi berkata selain menjadi keperluan asas manusia, makanan juga merupakan medium interaksi sosial dalam sesebuah masyarakat.  

Makanan juga adalah wahana bagi memperkenalkan identiti dan budaya masyarakat, tambah beliau.

Mcdonald turut menyediakan Menu Rahmah.
Mcdonald turut menyediakan Menu Rahmah.

“Setiap manusia yang bernafas perlu makan, jadi, untuk mendapatkan makanan atau sumber makanan itu sendiri kita perlu ada interaksi sesama kita (dalam urusan jual beli), melibatkan mereka daripada pelbagai latar belakang serta agama, dan kita seharusnya meraikan perbezaan ini.

“Oleh itu, seharusnya tidak perlu ditimbulkan isu Menu Rahmah untuk satu kaum sahaja kerana menu makanan kita juga kebanyakannya adalah sama,” jelasnya lagi sambil memberi contoh nasi yang merupakan makanan ruji semua kaum di negara ini.

“Kalau kedai Melayu jual nasi berserta lauk-pauk, kaum lain juga boleh menikmatinya,” tambah beliau.

Syed Abdul Razak turut memberi contoh Menu Rahmah yang ditawarkan oleh beberapa rangkaian makanan segera, yang katanya dinikmati oleh semua kaum.

“Yang menariknya, apabila restoran makanan segera menawarkan Menu Rahmah, maka mereka yang kurang berkemampuan juga boleh menikmati hidangan ini,” kata beliau lagi.

BERI SOKONGAN 

Menu Rahmah bukan hanya boleh dinikmati oleh kumpulan B40 tetapi merentasi semua latar belakang ekonomi.
Menu Rahmah bukan hanya boleh dinikmati oleh kumpulan B40 tetapi merentasi semua latar belakang ekonomi.

Syed Abdul Razak menyifatkan Menu Rahmah sebagai satu usaha kerajaan yang mendengar, meneliti dan menterjemah suara hati rakyat yang ramai daripadanya sedang mendepani era sukar.

Sehubungan itu, beliau melihat tindakan sesetengah pihak mempolitikkan Menu Rahmah hanya bertujuan menggagalkan inisiatif tersebut.  

“Apabila semua mahu dipolitikkan dan dipandang dari sudut negatif, siapa sahaja yang memerintah dan melaksanakan dasar, pasti usaha itu sukar dijayakan.

“Menu Rahmah bukan hanya boleh dinikmati oleh kumpulan B40 tetapi merentasi semua latar belakang ekonomi,” tegas beliau.

Berharap inisiatif itu akan berkekalan, Syed Abdul Razak berkata penawaran Menu Rahmah sebenarnya mewujudkan situasi “menang-menang” bagi semua yang terlibat.

Seharusnya usaha yang baik demi kebajikan rakyat disokong oleh semua pihak, tidak kira fahaman politik, dan penulis, walaupun tidak pernah mencuba Menu Rahmah, juga ingin melihat golongan seperti Ah Heng terus dibantu oleh pihak berwajib. - Bernama

Isu Pada

Thanuja Ananthan Bukan Hanya Glitz And Glam

18 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

8 Juta Penerima STR Bakal Terima Bantuan Mulai Isnin - PM

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis